Carian Lanjutan
🌐 BM | EN

Bahagian dan Peranan di PLANMalaysia Selangor

Jabatan ini mempunyai berapa bahagian dan peranan setiap bahagian di PLANMalaysia Selangor?

Jabatan ini mempunyai empat (4) bahagian berserta dengan fungsinya seperti berikut:

 

Bil.

Bahagian

Perincian Fungsi

1.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BP&K)

    i.          Memberi perkhidmatan sokongan

  ii.          kepada bahagian-bahagian teknikal dalam hal-hal yang berkaitan dengan kewangan, perkhidmatan, latihan, persuratan dan pentadbiran;

iii.          Menguruskan rekod-rekod perkhidmatan dan perjawatan pegawai dan kakitangan termasuk pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen, urusan kenaikan pangkat, merekod segala jenis cuti, pergerakan gaji tahunan, Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan penyelarasan perkhidmatan melalui sistem HRMIS;

iv.          Menguruskan perolehan Jabatan samada secara pembelian terus atau sebutharga dan membuat

  v.          penilaian keatas perolehan yang telah dibekalkan;

vi.          Memastikan pengurusan aset dan stor Jabatan dilaksanakan dengan sistematik selaras dengan arahan dan prosedur semasa yang berkuatkuasa;

vii.          Menguruskan sistem pengurusan fail yang bersistematik untuk tujuan tindakan atau rujukan;

viii.          Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan integriti dan dilaksanakan dengan terancang agar elemen penginstitusian integriti pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien;

2.

Bahagian Rancangan Pembangunan (BRP)

    i.          Menyediakan RSN mengikut Seksyen 8 hingga Seksyen 11, Akta 172;

  ii.          Menyelaras penyediaan RT mengikut Seksyen 12 hingga Seksyen 15;

iii.          Menyelaras penyediaan RKK mengikut Seksyen 16B, Akta 172;

iv.          Menyemak dan memberi ulasan terhadap RT, RKK yang disediakan oleh PBT serta kajian-kajian perancangan atau yang berkaitan supaya selaras dengan RFN dan RSN;

  v.          Menjalankan kajian-kajian perancangan bukan statutori yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri;

vi.          Memantau dan menyelaras pelaksanaan RSN, RT dan RKK yang telah disediakan;

vii.          Membina dan melaksana Sistem Maklumat Perancangan Negeri Selangor (SISMAPS); dan

viii.          Memastikan penyediaan dan pelaksanaan RSN RT serta RKK yang disediakan selaras dengan pangkalan GIS Jabatan.

 

 

3.

Bahagian Pengawalan Perancangan (BPP)

i.       Menerima, memproses dan mengemukakan ulasan- ulasan ke atas semua permohonan berikut:

a)        Permohonan ulasan perancangan dari PBT;

b)        Permohonan berkaitan perihal tanah dari Pejabat Tanah Daerah dan PTG seperti ubah syarat tanah, tanah kerajaan, LMS, parit batuan dan lain-lain: dan dari PTD;

c)        Permohonan maklumat perancangan dari pelbagai agensi;

ii.     Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar; dan

iii.   Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) di PBT Negeri Selangor.

4.

Bahagian Perancangan Korporat (BPK)

    i.          Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta 172;

  ii.          Urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah Seksyen 20A Akta 172;

iii.          Urus setia Jawatankuasa Penilaian Impak Sosial Peringkat Negeri Selangor;

iv.          Menyelaras permohonan projek pembangunan di bawah Seksyen 22 (2A), Akta 172 untuk diangkat ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN);

  v.          Menyelaras pemakaian garis panduan oleh semua PBT di Negeri Selangor;

vi.          Menyelaras pelaksanaan Akta 172 oleh semua PBT dalam Negeri Selangor;

vii.          Urus setia persidangan dan perbincangan kes Lembaga Rayuan;

viii.          Melaksana dan menyelaras program pembangunan mampan  di Negeri Selangor;

ix.          Mempromosikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa kepada agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan dan orang awam; dan

  x.          Menyelaras pengurusan kualiti

 

Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 175
Yesterday: 216
This Week: 391
Last Week: 1,365
This Month: 1,294
Total: 27,428