FUNGSI JABATAN

FUNGSI JABATAN

Di dalam menjalankan kuasa yang diperuntukkan di dalam Akta 172, Jabatan telah disusun meliputi 4 bahagian. Bagi melaksanakan objektif-objektif perkhidmatan perancangan bandar dan desa di Negeri Selangor, fungsi sedia ada Jabatan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

  •  
Penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah;
   
  •  
Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Kajian/Projek Khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif Jabatan;
   
  •  
Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, kaedah-kaedah, piawaian dan garis panduan perancangan bandar dan desa di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor;
   
  •  
Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
   
  •  
Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah Seksyen 20A Akta 172, Jawatankuasa Penilaian Impak Sosial Peringkat Negeri Selangor dan Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar;
   
  •  
Menjalankan fungsi urus setia Lembaga Rayuan; dan
   
  •  
 Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan/Agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa.
Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 45
Yesterday: 194
This Week: 755
Last Week: 14
This Month: 757
Total: 865