PERUTUSAN PENGARAH

Image

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PERUTUSAN PENGARAH

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor). Laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor telah disediakan atas kesedaran bahawa laman web merupakan medium penting penyebaran maklumat dan komunikasi bagi sesebuah organisasi dengan para pelanggannya. Saya berharap semua pengunjung akan dapat mengenali fungsi dan perkhidmatan jabatan ini khususnya dan bidang perancangan bandar dan desa amnya.

Dalam merancang sesebuah pembangunan, pandangan daripada orang awam perlu diambil kira untuk memastikan pembangunan yang akan dirancang selaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), telah memperuntukkan hak kepada orang awam untuk bersama-sama melibatkan diri di dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan atau kawasan mereka.

Bagi tahun 2024, Jabatan mempunyai banyak perancangan yang perlu dilaksanakan untuk menjayakan projek-projek pembangunan yang berfokuskan kepada kriteria people-centric, berimpak tinggi serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta dasar-dasar di Peringkat Negeri. Selaras dengan Rancangan Selangor Pertama, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) dan juga Belanjawan 2024 yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri telah memberikan mandat kepada Jabatan ini untuk menyediakan beberapa Kajian Pelan Induk, Garis Panduan Perancangan serta Kaedah & Kawalan Perancangan bagi memastikan pembangunan di Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan mampan.

Perancangan pembangunan yang komprehensif juga dilaksana bagi memperkukuhkan peranan Jabatan untuk memastikan PLANMalaysia Selangor terus relevan seiring dengan pembangunan Negeri dan Negara.

Ini juga adalah selaras dengan empat (4) gerak kerja utama yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia ibu pejabat iaitu ‘mainstreaming’ perancangan bandar dalam konteks negeri dan negara, ‘positioning’ PLANMalaysia, memperkukuh hala tuju dan pengurusan Jabatan serta mempergiat usaha pelaksanaan hebahan.

Pihak pengurusan laman web Jabatan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan, syor serta komen yang membina daripada semua pengguna ke arah menambahbaik laman web ini untuk faedah semua.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.

“#KITASELANGOR MAJU BERSAMA”

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

TPr KHAIRULZAMAN BIN IBRAHIM Pengarah,

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor PLANMalaysia Selangor

Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 45
Yesterday: 194
This Week: 755
Last Week: 14
This Month: 757
Total: 865