Carian Lanjutan
🌐 BM | EN

Fungsi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor

Apakah fungsi jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor)?

Di dalam menjalankan kuasa yang diperuntukkan di dalam Akta 172, Jabatan telah disusun meliputi 4 bahagian. Bagi melaksanakan objektif-objektif perkhidmatan perancangan bandar dan desa di Negeri Selangor, fungsi sedia ada Jabatan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

 

1.     Penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah;

2.     Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Kajian/Projek Khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif Jabatan;

3.     Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, kaedah-kaedah, piawaian dan garis panduan perancangan bandar dan desa di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor;

4.     Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);

5.     Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah Seksyen 20A Akta 172, Jawatankuasa Penilaian Impak Sosial Peringkat Negeri Selangor dan Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar;

6.     Menjalankan fungsi urus setia Lembaga Rayuan; dan

7.     Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan/Agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa.

Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 158
Yesterday: 216
This Week: 374
Last Week: 1,365
This Month: 1,277
Total: 27,411