SMART SELANGOR MAMPAN 2023

Smart Selangor Mampan 2035

SMART SELANGOR MAMPAN 2035

  1. Smart Selangor Mampan 2035 merupakan penjenamaan semula Agenda 21 Tempatan di Negeri Selangor. 
 
  1. Smart Selangor Mampan 2035 adalah penting bagi memastikan inisiatif yang dirancang dan dilaksana mencapai matlamat dan sasaran pembangunan mampan yang lebih cemerlang serta menyokong sasaran Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan Dasar SMART Negeri Selangor. 
 
  1. Smart Selangor Mampan 2035 dihasilkan berdasarkan kepada penemuan Kajian Penilaian Keberhasilan Pelaksanaan Agenda 21 Tempatan Di Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia@Selangor pada tahun 2017. 
 
  1. Penjenamaan semula Agenda 21 Tempatan di Negeri Selangor kepada Smart Selangor Mampan 2035 telah dimaklumkan dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 5/2017 pada 4 Disember 2017. 
 
  1.  Penjenamaan semula Agenda 21 Tempatan kepada SMART SELANGOR MAMPAN 2035 juga telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Bil.1/2018 pada 23 Febuari 2018. 
 
  1. Pelaksanaan SMART SELANGOR MAMPAN 2035 telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bil.2/2018 pada 30 Julai 2018. 
 
  1.  Pelaksanaan Pembangunan Mampan di Negeri Selangor 
 
 
  1. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor mempunyai struktur organisasi pembangunan mampan atau Agenda 21 Tempatan bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan inisiatif mampan yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis.
 
 
  1. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor melaksanakan inisiatif Agenda 21 Tempatan berdasarkan kepada keperluan program dan inisiatif yang dilaksanakan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) United Nations di peringkat PBT masing-masing.
 
  1. Mekanisme Pelaksanaan Smart Selangor Mampan 2035
 
 
  1. Penyelarasan bersama di antara Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia@Selangor) bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan.
 
 
  1. Memantau dan menganalisis keberhasilan program mampan oleh PBT supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat memastikan pelaksanaannya seiring dengan hasrat 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) United Nations serta SMART Selangor tercapai.
Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 45
Yesterday: 194
This Week: 755
Last Week: 14
This Month: 757
Total: 865