Carian Lanjutan
🌐 BM | EN

JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN)

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) merupakan sebuah badan penting di peringkat kerajaan negeri yang memainkan peranan utama dalam merancang, menyelaras, dan memantau pelaksanaan dasar serta program pembangunan. Sebagai jentera pentadbiran yang kritikal, JPN perlu memastikan setiap inisiatif pembangunan negeri dilaksanakan secara teratur, efisien, dan selaras dengan dasar pembangunan nasional serta keperluan khusus negeri.


Fungsi JPN
sebagaimana peruntukan subseksyen 4(4) Akta 172 adalah seperti berikut :

  1. untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri; 
  2. untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pembangunan di dalam Negeri; 
  3. untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri; dan
  4. untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.

Keahlian JPN

BIL KEAHLIAN

JAWATAN

1.

Dato’ Menteri Besar Selangor

Pengerusi

2.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Ahli

3.

Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor

Ahli

4.

Pegawai Kewangan Negeri

Ahli

5.

EXCO Perumahan & Kebudayaan

Timbalan Pengerusi

6.

EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti

Ahli

7.

EXCO Infrastruktur dan Pertanian

Ahli

8.

EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan

Ahli

9.

EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna

Ahli

10.

EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar

Ahli

11.

Pengarah,
Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

Ahli

12.

Pengarah,
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor

Ahli

13.

Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor

Ahli

14.

Pengarah,
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

Ahli

15.

Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor)

Setiausaha

16.

Pengarah,
Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Ahli

17.

Pengarah,
Pejabat Pembangunan Negeri Selangor

Ahli

18.

Pengarah,
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor

Ahli

19.

Pengarah,
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

Turut Hadir

 20.

Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor

Turut Hadir

 21.

Pengarah Eksekutif
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Turut Hadir

22.

Pengarah,
Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan

Turut Hadir

 23.

12 Datuk Bandar / Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor

Turut Hadir

 24.

9 Pegawai Daerah Negeri Selangor

Turut Hadir

 

Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 108
Yesterday: 168
This Week: 689
Last Week: 1,126
This Month: 3,042
Total: 24,731