NEGERI
Negeri
RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN)

Mengikut Seksyen 8(3) Akta 172, Rancangan Struktur (RS) didefinisikan sebagai suatu pernyataan bertulis yang:
Menerangkan dasar-dasar dan cadangan strategik peringkat negeri berkenaan dengan:
a) Pemajuan dan pengunaan tanah dalam Kawasan bandar dan luar bandar;
b) Langkah-langkah untuk memperindahkan alam sekitar;
c) Perhubungan dan pengurusan lalu lintas; dan
d) Meningkatkan tahap kesejahteraan, sosio ekonomi serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Mengandungi perkara-perkara lain yang ditetapkan atau ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu; dan
Menyatakan kesalinghubungan antara cadangan yang terkandung di RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) dengan cadangan-cadangan am meliputi pemajuan dan kegunaan tanah di negeri bersempadanan, yang dijangka memberi impak terhadap perkembangan sosioekonomi dan spatial Negeri Selangor.
Mengikut Seksyen 11, Akta 172, sesuatu Rancangan Struktur yang telah berkuatkuasa hendaklah dikaji semula setiap lima (5) tahun seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negeri. Sehubungan itu, RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) ini disediakan mengikut peruntukan seksyen tersebut.
Pengubahan RS Negeri Selangor 2035 bertujuan untuk memastikan matlamat dan hala tuju RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) adalah seiring dengan perkembangan spatial dan bukan spatial di Negeri Selangor. Tahun 2035 hanya sebagai panduan perancangan dan tidak 'mengikat had' pemakaian RS Negeri Selangor ini.
Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) telah diwartakan pada 19 Mac 2026, No. Warta 1000
Muat turun RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan):
Dokumen RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan)



