- Laman Utama
- Perkhidmatan
- Manual Garis Panduan
- Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor
MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI SELANGOR
Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor
Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga/cetakan kedua) telah diluluskan pemakaiannya di MMKN ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 dan disahkan di MMKN ke 36/2016 pada 26 Oktober 2016. Ia boleh dibeli dengan harga RM200.00/naskah. Semua transaksi jual beli sila berhubung dengan Bahagian Pengawalan Perancangan.
![]() |
![]() |
![]() |
Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Keempat)
Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPPNS) Edisi Keempat ini telah diluluskan pemakaiannya di MMKN ke-15/2022 pada 22 Jun 2022 pada 22 Jun 2022 dan disahkan di MMKN ke-16/2022 pada 6 Julai 2022.
MGPPPNS ini merangkumi hampir kesemua aspek utama perancangan dan pemajuan hartanah yang terdiri daripada perumahan, perniagaan, Perindustrian, kemudahan Masyarakat, aspek alam sekitar dan infrastruktur serta utiliti.
Keperluan terhadap MGPPPNS ini adalah berikutan daripada perubahan keadaan Pembangunan dan perancangan semasa serta maklum balas daripada Jabatan-Jabatan Teknikal, Perunding Perancang Bandar dan Pemaju Pembangunan hartanah Negeri Selangor. Di samping untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran dan kehidupan yang lebih sempurna selaras dengan visi Kerajaan Negeri Selangor iaitu “Selangor Negeri Smart and Caring” (SAC).

Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor
2025
Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor 2025 ini telah diluluskan pemakaiannya di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) Ke 33/2025 pada 7 November 2025 dan disahkan di MMKN Ke 34/2025 pada 12 November 2025. Ia boleh dibeli dengan harga RM300.00/naskah. Semua transaksi jual beli sila berhubung dengan Bahagian Pengawalan Perancangan, Planmalaysia Selangor.
Siri lengkap ini terdiri daripada 6 jilid Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor 2025, masing-masing dibezakan dengan warna tema tersendiri:
1. Perumahan - coklat
2. Perniagaan - biru tua
3. Perindustrian - ungu
4. Alam Sekitar - hijau
5. Infrastruktur - jingga
6. Kemudahan Masyarakat - merah
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |












