Carian Lanjutan
🌐 BM | EN

Rancangan Tempatan

Apa itu Rancangan Tempatan?

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) telah memperuntukkan penyediaan Rancangan Tempatan iaitu di bawah Seksyen 12 hingga 16. Berdasarkan kepada Subseksyen 12(3) Akta 172, RT perlu mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah membuat rumusan yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi:

  • Memajukan dan menggunakan tanah;
  • Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal;
  • Memelihara topografi semula jadi;
  • Memelihara dan menanam pokok; 
  • Memperelok landskap; 
  • Mengadakan tanah lapang; 
  • Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan; 
  • Memperbaiki sistem komunikasi; dan 
  • Mengendalikan pengurusan lalu lintas. 

Rancangan Tempatan juga mengandungi perkara-perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Selain itu, subseksyen 12(4), Akta 172 juga menjelaskan bahawa Rancangan Tempatan hendaklah juga mengandungi dan disertakan dengan gambarajah, gambaran-gambaran dan bahan bahan yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan-cadangan di dalam rancangan itu. 

Fungsi Rancangan Tempatan 

  • Menterjemahkan dasar-dasar RS; 
  • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan PBPT berkaitan melalui peta cadangan gunatanah; 
  • Menyediakan garispanduan bagi kawalan pembangunan; 
  • Mengenalpasti projek utama daerah; dan 
  • Menyediakan garispanduan pelaksanaan 
  • Status Kemajuan Rancangan Tempatan – Terkini 
Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 191
Yesterday: 257
This Week: 908
Last Week: 1,365
This Month: 1,811
Total: 27,945