Carian Lanjutan
🌐 BM | EN

Rancangan Kawasan Khas

Apa itu Rancangan Kawasan Khas

Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dinyatakan dalam Subseksyen 16 B(1), (2) dan (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). RKK mengandungi cadangan tindakan khusus terperinci bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.

RKK menghasilkan rancangan terperinci bagi kawasan yang mempunyai kepentingan khusus yang membolehkan PBPT melakukan tindakan pembangunan dengan kadar segera setelah mengenal pasti isu-isu perancangan dan pembangunan setempat. Cadangan tindakan pembangunan dengan kadar segera ini boleh dilaksanakan dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokkan, pemuliharaan bagi kawasan berkenaan. 

RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan. 

Fungsi Rancangan Kawasan Khas 

  • Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan. 
  • Sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Status Kemajuan Rancangan Kawasan Khas – Terkini 
Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 200
Yesterday: 257
This Week: 917
Last Week: 1,365
This Month: 1,820
Total: 27,954