Carian Lanjutan
🌐 BM | EN

Rancangan Struktur Negeri

Apa itu Rancangan Struktur Negeri?

Rancangan Struktur (RS) merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar-dasar serta cadangan pemajuan dan penggunaan tanah di sesebuah negeri yang disediakan selaras dengan peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Ini termasuklah perkara-perkara berikut: 

  • Dasar dan cadangan-cadangan am berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah, termasuk langkah-langkah bagi memperelokkan persekitaran hidup dari segi fizikal, perhubungan, pengurusan lalu-lintas, kesejahteraan, sosio ekonomi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan; 
  • Pertalian cadangan-cadangan itu dengan cadangan-cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan kawasan berjiran yang dijangka menyentuh kawasan tersebut;
  • Perkara-perkara lain yang ditetapkan atau ditentukan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) atau Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN);
  • RS juga perlu mengandungi gambarajah, ilustrasi, pelan atau bahan-bahan yang boleh menjelaskan cadangan-cadangan yang dibentuk.

Rancangan Struktur mainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan matlamat dan dasar-dasar yang ditetapkan dalam Rancangan Fizikal Negara, Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara  untuk dilaksanakan di peringkat wilayah dan negeri. 

Fungsi Rancangan Struktur 

  • Menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyediakan rangka pembangunan bagi Rancangan Tempatan (RT);
  • Menentukan gunatanah utama negeri; dan
  • Menentukan projek utama negeri.
  • Status Kemajuan Rancangan Struktur – Terkini
Image

Alamat

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
( PLANMalaysia Selangor)

Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 2-4 & 9, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Kemaskini Terakhir: 21 Mei 2025

Hubungi Kami

  • Emel: webmaster@jpbdselangor.gov.my
  • Tel.: 03-5650 1800
  • Faks: 03-5650 1855

MS ISO 9001:2015

Image

REG NO QMS 03401

Image
Today: 171
Yesterday: 257
This Week: 888
Last Week: 1,365
This Month: 1,791
Total: 27,925