HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA
Hari Perancangan Bandar Sedunia diraikan pada 8 November setiap tahun dihampir 30 negara seluruh dunia bagi meraikan dan menghargai peranan Perancang Bandar dalam perancangan dan pembangunan khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan pembentukan masyarakat yang sejahtera.
Dengan tema pada tahun ini, “Pembaharuan Semula Bandar : Agenda Perancangan Untuk Rakyat”, PLANMalaysia Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor ingin menjemput seluruh rakyat Negeri Selangor dan di mana jua anda berada untuk meraikan :
SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
Tarikh : 7 dan 8 November 2025 (Jumaat & Sabtu)
Tempat : Dataran Malawati, Jalan Raja Lumu, Kuala Selangor
Dirasmikan Oleh : YAB Dato' Menteri Besar Selangor
Pelbagai aktiviti menarik menanti.
Jumpa anda di sana!
#HPBSSELANGOR2025
#KitaSelangor
#PLANMalaysiaSelangor
#MPKS









