Garis Panduan Pembangunan Taman Perindustrian Berkonsepkan “Managed Industrial Park” Di Negeri Selangor

Garis panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan dalam merancang, memproses dan mempertimbangkan permohonan kelulusan pembangunan bagi cadangan pembangunan taman perindustrian yang berkonsepkan “Managed Industrial Park” (MIP) di Negeri Selangor, disamping menerangkan tentang tatacara mengurus, penentuan skop kerja dan bagi konsep ini.

Garis panduan ini akan membantu Pemaju, “Industrial Park Manager” (IPM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan dan Agensi Teknikal sebagai panduan bagi memproses dan mempertimbangkan pelan-pelan pembangunan.

Telah diluluskan pemakaiannya melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 39/2021 bertarikh 17 November 2021  yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 40/2021 pada 24 November 2021.

Garis panduan ini berkuat kuasa mulai 24 November 2021.

Muat Turun

GP Managed Industrial Park MIP


Cetak   Emel