Perkhidmatan

Perkhidmatan JPBD Selangor

Dasar Dan Strategi Am Perancangan Bandar Dan Desa

Dasar dan strategi am Jabatan telah dikemaskini selaras dengan perkembangan dan kehendak pembangunan semasa ke arah mencapai visi dan misi Jabatan. Penekanan terhadap pembangunan mampan, komuniti sejahtera, sistem pentadbiran dan kewangan yang berkesan serta pembangunan sumber manusia menjadi teras utama didalam penggubalan dasar dan strategi Jabatan. 

BIL DASAR STRATEGI
1. Penyediaan dan Pelaksanaan Perancangan Mampan
i. Memahami dan memberi pendedahkan terhadap idea dan reka bentuk inovasi
ii. Merangka program untuk peningkatan ilmu untuk semua peringkat kakitangan
iii. Menggalakkan perkongsian maklumat dengan semua kakitangan
iv. Mengadakan perkongsian pintar dengan lain-lain agensi dan NGO
v. Meningkatkan kepakaran mengenai konsep, methodologi dan teknik perancangan
vi. Meningkatkan kefahaman terhadap aplikasi dalam pemerosessan dan penyediaan rancangan pemajuan
vii. Menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini
viii. Mengenalpasti penanda aras sebagai rujukan dalam membuat keputusan
ix. Mewartakan Rancangan Pemajuan
x. Menyediakan sumber yang mencukupi sebagai medium pelaksanaan
2. Sistem Penyampaian Yang Berkesan
i. Menggalak dan meningkatkan penglibatan awam dalam perancangan
ii. Menggunapakai piawaian yang terbaik dalam perancangan ke arah pembangunan mampan
iii. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat perancangan yang berkualiti
iv. Memantapkan penggunaan e-PC dalam memproses ulasan Kebenaran Merancang dan PBT

 

 LOGO-PMS-edited-12-6-23-nipis.png
 
DASAR KUALITI JABATAN
Menjadikan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor
Sebagai Pusat Bagi Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa 
Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan yang Berkualiti,
Sejanhtera dan Mampan


Bahagian Perancangan Korporat
i. Memastikan pengurusan mesyuarat JPNS dijalankan mengikut peruntukan Akta 172 sekurang-kurangnya 3 kali setahun;

ii. Tempoh Menunggu Untuk Menerima Layanan Kaunter Dengan Berbudi Bahasa Dalam Tempoh Lima (5) Minit.

Bahagian Rancangan Pembangunan
i. Mengkaji semula penyediaan Rancangan Struktur Negeri Selangor yang mematuhi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) dalam tempoh 5 tahun selepas pewartaan.

ii. Megadakan sebaran Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2 kali setahun.

iii. Menyediakan Kajian Khas dan Kajian bukan Statutori yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa.

iv. Tempoh Menunggu Untuk Menerima Layanan Kaunter Dengan Berbudi Bahasa Dalam Tempoh Lima (5) Minit.

Bahagian Pengawalan Perancangan
i. Memberi ulasan perancangan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari waktu bekerja dengan sasaran pencapaian sekurang-kurangnya 80%.

ii. Tempoh Menunggu Untuk Menerima Layanan Kaunter Dengan Berbudi Bahasa Dalam Tempoh Lima (5) Minit.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Pengurusan Kewangan
i. Menguruskan sumber kewangan Jabatan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pegawai dan kakitangan Jabatan.

ii. Memastikan semua urusan kewangan seperti baucer pembayaran, baucer permohonan pinjaman kenderaan/komputer dan tuntutan perjalanan diselesaikan dalam tempoh 14 hari.

iii. Tempoh Menunggu Untuk Menerima Layanan Kaunter Dengan Berbudi Bahasa Dalam Tempoh Lima (5) Minit.

Perkhidmatan Dan Perjawatan
i. Menguruskan hal ehwal perkhidmatan dan perjawatan dengan cekap, cepat dan berkualiti bagi memastikan keperluan pegawai dan kakitangan jabatan.

ii. Memastikan pengambilan personel yang bersesuaian dengan keperluan Jabatan dan menempatkan personel berkenaan di bahagian yang bersesuaian dengan kelayakan dan kebolehan yang dimiliki.

iii. Tempoh Menunggu Untuk Menerima Layanan Kaunter Dengan Berbudi Bahasa Dalam Tempoh Lima (5) Minit.


Cetak   Emel