jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Bandar Selamat

DEFINISI BANDAR

Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih; atau *kawasan pembangunan khusus; atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduknya kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.

*Kawasan Pembangunan Khusus:

“Kawasan pembangunan yang tidak diwartakan dan boleh dikenalpasti serta terpisah dari mana-mana kawasan yang diwartakan atau kawasan tepu bina melebihi lima (5) km. Kawasan berkenaan mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 10,000 orang dengan 60% daripada penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian”

HIERARKI BANDAR

DPN2 telah mengenal pasti 288 buah bandar yang mana sebanyak 283 buah bandar adalah di Semenanjung Malaysia manakala lima (5) buah bandar pula di Wilayah Persekutuan Labuan. Bandar-bandar ini terbahagi kepada lima (5) peringkat hierarki bandar iaitu -

hirarki

Cetak Emel

RKK (Rancangan Kawasan Khas)

Image

Rancangan Kawasan Khas (RKK)   merupakan satu rancangan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Penyediaan RKK ini adalah bertujuan untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi, untuk memulihara atau juga untuk tujuan pengurusan sesebuah kawasan.

Pindaan terbaru Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 iaitu Akta A 1129  telah memperuntukkan keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dinyatakan di seksyen 16B(1)(2)(3). Rancangan ini merupakan rancangan terperinci yang bercorak tempatan yang disediakan khusus untuk kawasan yang mempunyai kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

Penyediaan RKK ini juga membolehkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan  bagi tujuan sama ada untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi atau memelihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan. Tambahan pula, RKK juga mempunyai kuatkuasa seperti mana Rancangan Tempatan.

Cetak Emel

RSN (Rancangan Struktur Negeri)

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 (RSNS 2035)

Rancangan Struktur (RS) merupakan satu dokumen perancangan yang diwartakan bagi memandu dan mengawal pembangunan fizikal bagi sesebuah negeri. Mengikut Subseksyen 8(3), Akta 172 Rancangan Struktur didefinisikan sebagai suatu pernyataan bertulis yang:
1. Menerangkan dasar-dasar dan cadangan strategik peringkat negeri berkenaan dengan:
    • Pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan luar bandar;
    • Langkah-langkah untuk memperelokkan lagi alam sekitar;
    • Perhubungan dan pengurusan lalulintas; dan
    • Meningkatkan tahap kesejahteraan, sosio ekonomi serta 
menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

2. Mengandungi perkara-perkara lain yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu;
3. Menyatakan pertalian antara cadangan- cadangan yang terkandung di dalamnya dengan cadangan- cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah di negeri -negeri yang bersempadanan dengan yang dijangka menyentuh negeri itu.

Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 adalah seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negeri mengikut peruntukan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Sehubungan itu, PLANMalaysia@Selangor telah memulakan kajian semula Rancangan Struktur Negeri (RSN) bagi menepati keperluan tersebut. 

MATLAMAT
Mempekasakan Pembangunan Negeri Selangor Sebagai Sebuah Wilayah Bandar yang Berkembang Maju, Mampan dan Makmur (Thriving, Sustainable and Prosperous City Region)

TERAS
Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (RSNS 2035) telah menggariskan sebanyak tiga (3) Teras, 18 Halatuju dan 70 Dasar. Bagi teras Wilayah Bandar Berkembang Maju terdapat enam (6) Halatuju dan 13 Dasar, manakala di dalam teras Wilayah Bandar Mampan terdapat enam (6) Halatuju dan 32 Dasar, bagi teras Wilayah Bandar Makmur terdapat enam (6) Halatuju dan 25 Dasar. 

Konsep perancangan RSNS 2035 dibentuk berdasarkan kepada tiga asas utama iaitu Rancangan Fizikal Negera Ke-3, dasar-dasar pembangunan negara yang telah digubal dan kajian-kajian perancangan baru yang telah dijalankan di peringkat Kerajaan Persekutuan serta halatuju pembangunan Negeri Selangor yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri. Faktor-faktor ini bersama dengan penemuan kajian, menjadi asas pertimbangan di dalam menentukan matlamat pembangunan RSNS 2035, indikator dan sasaran, cadangan am serta strategi pembangunan. Sasaran, strategi pembangunan dan dasar-dasar RSN 2020 juga dinilai untuk diambil kira di dalam pembentukan RSNS 2035. Dengan mengambilkira Agenda 21 Selangor, dasar-dasar di peringkat Negeri, konsep RSNS 2035 juga berlandaskan kepada prinsip pembangunan mampan dan perlaksanaannya adalah berteraskan kepada pengurusan sumber secara bersepadu selaras dengan konsep ‘Smart State’.

rsn2035

Cetak Emel

RT (Rancangan Tempatan)

RANCANGAN TEMPATAN

Rancangan Tempatan (RT) adalah satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan sepertimana yang digariskan dalam Subseksyen 12(3), Akta 172. Ianya menerangkan dengan lebih terperinci segala dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum untuk pemajuan dan penggunaan tanah serta menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan juga menerangkan secara terperici segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berhubung dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah.

Bahagian III, Seksyen 12 hingga 16A, Akta Perancangan Bandar & Desa, 1976 [Akta 172]
• Mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis berkenaan cadangan pemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan secara terperinci bagi kawasan PBPT
• Kawasan perancangan meliputi sempadan kawasan PBPT
• Rancangan Tempatan disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) atau Pengarah JPBD Negeri
• Rancangan Tempatan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
• Rancangan Tempatan hendaklah dimaklumkan dan dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Mengikut Subsyeksyen 12(3)A pula, penyediaannya adalah bagi mengadakan rumusan dan perincian oleh PBPT mengenai cadangannya bagi :

• Memajukan tanah
• Melindungi dan memperelok alam sekitar
• Memelihara topografi semulajadi
• Memperelok lanskap
• Memelihara dan menanam pokok dalam
• Mengadakan tanah lapang dalam
• Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan
• Memperbaiki sistem komunikasi
• Mengendalikan lalulintas

KEPERLUAN PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN

Keperluan Penyediaan RT termasuklah:
• Menterjemah dan melaksanakan strategi RS
• Mengemukakan garis panduan serta asas terperinci bagi memudahkan pembangunan
• Mengemukakan arah tuju pembangunan kawasan perancangan tempatan untuk pertimbangan dan maklumbalas awam.

FUNGSI PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN

• Mentafsir dasar dan cadangan umum yang terkandung dalam RS ke dalam bentuk fizikal
• Menyediakan garis panduan asas kepada PBT, Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam pembangunan kawasan kajian
• Merumuskan garis panduan kawalan pembangunan untuk memudahkan proses-proses perlaksanaan RT
• Mengenalpasti keutamaan kawasan tindakan yang perlu tindakan segera kawasan RKK

RANCANGAN TEMPATAN (RT) DALAM NEGERI SELANGOR:

 BIL.  RANCANGAN TEMPATAN  STATUS WARTA  TARIKH WARTA
 1.  Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1  Telah Warta  13.03.2003
 2.  Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2  Telah Warta  13.01.2011
 3.  Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam 2020  Telah Warta  27.05.2010
 4.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020  Telah Warta  27.05.2010
 5.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang 2020  Telah Warta  20.01.2011
 6.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang 2035  Telah Warta  19.01.2017
 7.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2020  Telah Warta  20.01.2011
 8.  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2020  Telah Warta  26.05.2011
 9.  Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) Majlis Perbandaran Klang 2020  Telah Warta  31.01.2013
 10.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025  Telah Warta  28.04.2015
 11.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Langat 2030  Telah Warta  05.07.2018
 12.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Hulu Selangor 2020  Telah Warta  20.01.2011
 13.  Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025  Telah Warta  08.10.2015

Cetak Emel