jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Pegawai Contoh Bulanan

PERUTUSAN PENGARAH – LAWAN WEB PLANMALAYSIA@SELANGOR

 Perutusan Nazri

TPr Md Nazri Bin Abdullah

PENGARAH
PLAN
Malaysia@Selangor
(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web rasmi PlanMalaysia@Selangor
Laman web rasmi PlanMalaysia@Selangor telah disediakan atas kesedaran bahawa laman web merupakan medium penting penyebaran maklumat dan komunikasi bagi sesebuah organisasi dengan para pelanggannya. Saya berharap semua pengunjung akan dapat mengenali fungsi dan perkhidmatan jabatan ini khususnya dan bidang perancangan bandar dan desa amnya.

Dalam merancang sesuatu pembangunan, pandangan daripada orang awam perlu diambil kira untuk memastikan pembangunan yang akan dirancang selaras dengan kehendak dan inspirasi rakyat. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), telah memperuntukkan hak kepada orang awam untuk bersama-sama melibatkan diri di dalam penyediaan rancangan pemajuan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan atau kawasan meraka.

Selaras dengan Dasar Smart Selangor, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menampilkan suatu keseimbangan di antara usaha merancakkan ekonomi sekaligus mencipta aliran pendapatan yang baharu kepada negeri dan keperluan untuk memberdayakan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu dengan Merancakkan Ekonomi, Memberdayakan Rakyat dan Mensejahterakan Negeri.

Konsep "maklumat dihujung jari" diharap dapat menjadi satu medium ICT terkini untuk mendekatkan para pelanggan dan masyarakat dengan PlanMalaysia@Selangor.

Pihak pengurusan laman web jabatan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan, syor serta komen yang membina daripada semua pengguna ke arah menambahbaik laman web ini untuk faedah semua.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.

Ke Arah Persekitaran Mampan
TPr Md Nazri Bin Abdullah
Pengarah,
PlanMalaysia@Selangor

Cetak Emel

Vision, Mission & Objectives

4 Objectives of TCPD Selangor are:-

  1. To strengthen the physical, social and economic development of urban and rural areas to improve their standard of living in line with the objectives of the state and country;
  2. To regulate , control and coordinate the development, usage and preservation of land through effective  implementation of Town  and Country Planning Act 1976 (Act 172) and other related Acts.
  3. To implement and ensure effective application of planning methods, policy, plan and guideline by all agencies at all planning levels; and
  4. To be the major consultant in urban and rural planning to state government and local authority and other related agencies.

Vision

“Quality human living environment in all settlements in Selangor and be the world role model”

Corporate Policy

“To create a Comprehensive, Progressive and Sustainable State and Local Development, With Emphasis on a Balanced Environment and Economy To Achieve A Quality and Harmonious Human Living”

Theme

“Quality and Dynamic Planning For All Prosperity”

Cetak Emel

Visi, Misi dan MOTO

VISI

Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti, Sejahtera dan Mampan

MISI

Memacu Perancangan Fizikal Negara Melalui Perlaksanaan dan Pemantauan Perancangan Pembangunan Yang Komprehensif, Sistematik dan Inovatif Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat

DASAR KORPORAT

Mewujudkan pembangunan negeri dan tempatan yang komprehensif, progresif serta mampan, dengan penekanan kepada keseimbangan alam sekitar, sosial dan ekonomi, bagi mencapai kehidupan manusia yang berkualiti dan harmoni.

SLOGAN

Perancangan Melangkaui Kelaziman
(Planning Beyond Conventional)

Cetak Emel

Profil Jabatan

JPBD Negeri Selangor di Bangunan Darul Ehsan di tingkat 15

Negeri Selangor telah diisytiharkan sebagai sebuah Negeri Maju pada 27hb. Ogos 2005. Sebagai sebuah negeri maju, Negeri Selangor bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk yang tinggi, menguruskan pembangunan fizikal yang sempurna, memperkasakan kualiti desa dan menggalakkan ‘participatory planning’, melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan dan menambahkan sumber hasil negeri.

Selaras dengan matlamat tersebut, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor yang merupakan peneraju utama pembangunan di negeri Selangor, penuh komited untuk mewujudkan perkhidmatan perancangan bandar yang bertaraf dunia. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan perlu dilaksanakan iaitu:

i. Penyediaan rancangan pemajuan yang berteraskan pembangunan mampan;
ii. Pengawalan perancangan yang efisyen dan dapat mewujudkan persekitaran yang berkualiti;
iii. Pelaksanaan dan penguatkuasaan perundangan perancangan bandar dan desa yang berkesan;
iv. Perancangan dan membuat keputusan berasaskan maklumat lengkap dan berteraskan penyertaan pihak-pihak yang berkepentingan.


Cetak Emel

Fungsi Jabatan

Bagi melaksanakan objektif-objektif perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa di Negeri Selangor, fungsi-fungsi sedia ada Jabatan adalah seperti berikut:

i. Penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah;
   
ii. Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Kajian/Projek Khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif Jabatan;
   
iii. Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, kaedah-kaedah, piawaian dan garis panduan perancangan Desa di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor;
   
iv. Bertindak sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
   
v. Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan; dan
   
vi. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan/agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa.
   
   
   
   
   
   
   

Cetak Emel

  • 1
  • 2