VISI, MISI, DASAR & OBJEKTIF JABATAN
VISI
Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Kesejahteraan Rakyat Dan Kemakmuran Negara Menjelang 2030.
MISI
Mengawalselia Perancangan Pembangunan Negeri Pintar Yang Komprehensif Dan Kondusif Ke Arah Persekitaran Berdaya Huni.
DASAR KORPORAT
Mewujudkan pembangunan negeri dan tempatan yang komprehensif, progresif serta mampan, dengan penekanan kepada keseimbangan alam sekitar, sosial dan ekonomi, bagi mencapai kehidupan manusia yang berkualiti dan harmoni.
OBJEKTIF JABATAN
- Untuk mengukuhkan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di kawasan bandar dan desa bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk selaras dengan matlamat negeri dan negara;
- Untuk mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah melalui pelaksanaan berkesan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan akta-akta berkaitan;
- Untuk melaksana dan memastikan pemakaian berkesan kaedah, dasar, pelan dan garispanduan perancangan oleh semua agensi bagi semua peringkat perancangan;
- Untuk menjadi penasihat utama dalam perancangan bandar dan desa kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-agensi yang berkenaan.