FUNGSI JABATAN

Selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di dalam Akta 172, Jabatan telah di susun meliputi 4 bahagian. Bagi melaksanakan objektif-objektif perkhidmatan perancangan bandar dan desa di Negeri Selangor, fungsi sedia ada Jabatan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

  •  
Penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah;
   
  •  
Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Kajian/Projek Khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif Jabatan;
   
  •  
Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, kaedah-kaedah, piawaian dan garis panduan perancangan bandar dan desa di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor;
   
  •  
Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
   
Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah Seksyen 20A Akta 172, Jawatankuasa Penilaian Impak Sosial Peringkat Negeri Selangor dan Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
   
  •  
Menjalankan fungsi urus setia Lembaga Rayuan; dan
   
  •  
 Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan/Agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa.