Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Selangor
Panduan ini disediakan bagi menjelaskan tatacara pemprosesan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) di peringkat Negeri Selangor selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) (Pindaan) 2017 (Akta A1522). Ia juga sebagai panduan kepada penggerak projek dan perunding SIA di dalam penyediaan laporan SIA supaya laporan yang disediakan berkualiti dan dapat membantu proses membuat keputusan yang berkesan, serta mengurus isu-isu sosial yang terhasil daripada sesuatu projek pembangunan.
Manual Penilaian Impak Sosial (SIA) Kategori 3
Analisis Impak Sosial (AIS) Negeri Selangor
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Pengawalan Perancangan.