Technical Committee For Development Of Environmentally Sensitive Areas

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Negeri Selangor dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Urusetia Jawatankuasa ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.

 

Keahlian Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Selangor

  1. Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor - Pengerusi
  2. Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan - Timbalan Pengerusi
  3. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor - Ahli
  4. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor - Ahli
  5. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor - Ahli
  6. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor - Ahli
  7. JabatanPengairandan Saliran Negeri Selangor -Ahli
  8. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor - Ahli
  9. Lembaga Urus Air Selangor -Ahli
  10. Pihak Berkuasa Tempatan Yang Berkaitan - Ahli
  11. Pejabat Tanah dan Daerah Yang Berkaitan - Ahli
  12. Kumpulan IKRAM Bhd - Ahli
  13. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor - Urusetia
    * Jabatan I Agensi yang berkaitan dengan permohonan akan dijemput untuk turut hadir


Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

  1. Membuat keputusan / nasihat mengenai had pembangunan yang boleh dilaksanakan
  2. Menilai kesesuaian pembangunan Pelan Susun Atur, Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Laporan Pemetaan
    / Geologi Terain, Pelan Kerja Tanah, Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis Kestabilan Cerun, Laporan
    Pelan Kawalan Mendapan Kelodak dan Hakisan (ESCP), Laporan Pengurusan Air Ribut (Stormwater Management Report) berpandukan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) 2012, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan lain-lain laporan yang berkaitan permohonan yang melibatkan kawasan berkecerunan kelas Ill dan IV.
  3. Mengadakan lawatan tapak bagi menilai permohonan.
  4. Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah tinggi kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri (melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor).
  5. Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.
  6. Pelaporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor berdasarkan arahan semasa Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
  7. Mengadakan mesyuarat 1 kali sebulan. Proses pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar

 

GP KSAS CERUN CARTA


Print   Email