DOKUMEN PERINGKAT NEGERI
Rancangan struktur merupakan satu dokumen yang mengandungi dasar dan strategi utama bagi memandu perancangan guna tanah dan pembangunan spatial suatu negeri. Ia menterjemahkan dasar pembangunan jangka panjang negara ke peringkat negeri dan mengenalpasti projek pembangunan utama negeri. Rancangan struktur adalah disediakan di bawah peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Tempoh perancangannya ialah untuk 15 hingga 20 tahun.
RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 (RSNS 2035)
- Menterjemah Dasar RFN;
- Menyedia rangka pembangunan bagi rancangan tempatan;
- Menentukan perancangan guna tanah utama negeri; dan
- Menentukan projek utama negeri.
Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 adalah seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negeri mengikut peruntukan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Sehubungan itu, PLANMalaysia@Selangor telah memulakan kajian semula Rancangan Struktur Negeri (RSN) bagi menepati keperluan tersebut
MATLAMAT
Mempekasakan Pembangunan Negeri Selangor Sebagai Sebuah Wilayah Bandar yang Berkembang Maju, Mampan dan Makmur (Thriving, Sustainable and Prosperous City Region)