DOKUMEN PERINGKAT TEMPATAN
RANCANGAN TEMPATAN
Rancangan Tempatan adalah satu dokumen yang mengandungi peta guna tanah, cadangan program dan garis panduan pelaksanaan bagi memandu pembangunan di kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Ia menterjemahkan dasar dan strategi utama Rancangan Struktur dan mengenalpasti projek serta program utama daerah. Tempoh perancangan Rancangan Tempatan adalah untuk 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukan Seksyen 12, Akta 172.
KEPERLUAN PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN
- Keperluan Penyediaan RT termasuklah:
- Menterjemah dan melaksanakan strategi RS
- Mengemukakan garis panduan serta asas terperinci bagi memudahkan pembangunan
- Mengemukakan arah tuju pembangunan kawasan perancangan tempatan untuk pertimbangan dan maklumbalas awam.
FUNGSI PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN
- Mentafsir dasar dan cadangan umum yang terkandung dalam RS ke dalam bentuk fizikal.
- Menyediakan garis panduan asas kepada PBT, Agensi-agensi
- Kerajaan dan Swasta dalam pembangunan kawasan kajian
- Merumuskan garis panduan kawalan pembangunan untuk memudahkan proses-proses perlaksanaan RT
- Mengenalpasti keutamaan kawasan tindakan yang perlu tindakan segera kawasan RKK
RANCANGAN KAWASAN KHAS
Rancangan Kawasan Khas merupakan satu pelan yang bersifat ‘area action plan’ bagi suatu kawasan yang telah dikenal pasti dalam rancangan tempatan. Ia lebih terperinci berbanding rancangan tempatan. Rancangan Kawasan Khas mengandungi cadangan khusus untuk membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan menyegerakan tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan khas. Ia disediakan di bawah peruntukan Seksyen 16B, Akta 172.
FUNGSI
- Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan; dan
- Sebagai alat bagi membolehkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan.
PEWARTAAN RANCANGAN PEMAJUAN DI NEGERI SELANGOR
Kulit Buku Rancangan
Untuk mendapatkan salinan dokumen Rancangan Tempatan, sila berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.