DOKUMEN PERINGKAT PERSEKUTUAN
Dokumen perancangan tertinggi dalam Rangka Kerja Perancangan Fizikal Negara yang merumuskan dasar-dasar strategik dan sektoral negara bagi maksud penentuan haluan pemajuan fizikal negara. RFN disediakan seiring dengan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RMK) negara.
DASAR PERANCANGAN FIZIKAL DESA NEGARA 2030 (DPF DESA NEGARA)
Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara merupakan dasar pembangunan desa yang pertama di Malaysia berbentuk spatial. Dokumen yang menggariskan pernyataan dasar, strategi dan langkah pelaksanaan yang digubal mengikut tema dan teras bagi merealisasikan visi pembangunan desa yang mampan.
“Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Rancangan Pembangunan”