MuniNet
PELAKSANAAN SISTEM PETUNJUK BANDAR MALAYSIA
( MURNInet ) DI NEGERI SELANGOR
PENGENALAN
MURNInet (Malaysian Urban Indicators Network) adalah satu aplikasi untuk mewujudkan pengkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur Kemampanan Bandar yang akan memberi gambaran pencapaian kualiti rupa bentuk fizikal bagi sesebuah bandar dan kawasan gabungannya secara berterusan.
KRONOLOGI
Mac 1997 | JPBD Semenanjung Malaysia menyediakan Asas Rujukan bagi Indikator Perumahan dan Bandar | |
Feb 1999 | Kajian Pembentukan Urban Indicators | |
April 2001 | Laporan Petunjuk Bandar Malaysia telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pakar | |
Jun 2002 | Projek Perintis ke atas 6 bandar iaitu Georgetown, Johor Bahru, Kuantan, Kuching, Pasir Mas dan Batu Pahat dimulakan | |
Julai 2004 | Projek Perintis ke atas 8 bandar iaitu Kangar, Alor Setar, Ipoh, Melaka, Seremban, SHAH ALAM, Kuantan dan Kuala Terengganu diteruskan | |
Jan 2005 | Pelaksanaan MURNInet bagi bandar-bandar utama (Ibu Negeri) yang terdiri dari 14 buah bandar di Malaysia (Kangar, Alor Setar, Georgetown, K.Terengganu, Kuantan, Ipoh, SHAH ALAM, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Kuala Lumpur) | |
Sept 2005 | Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor bil. 2/2005 bertarikh 29 September 2005 yang dipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan MURNInet di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor pada tahun 2006 | |
6 Jul 2006 | Majlis Menandatangani Perjanjian dan Bengkel Pelaksanaan MURNInet bagi Semua PBT di Negeri Selangor |
KEPENTINGAN PELAKSANAAN MURNInet
- Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengenalpasti dan dapat mengukur tahap masalah dan tahap kualiti bandar serta sektor-sektor yang kurang mampan dan mencadangkan bentuk yang seimbang bagi 11 sektor perancangan yang dikaji
- Maklumat asas yang diperolehi dapat disimpan secara bersistematik dalam “Pengkalan Data’ dan boleh diguna serta diperbaiki dari masa ke semasa dengan mudah
- Laporan Bandar (City Report) dapat dihasilkan bagi Pihak Berkuasa Tempatan. Laporan ini mengemukakan penemuan semasa dan tahap kemampanan mengikut sektor serta mengemukakan cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan kemampanan bandar secara keseluruhan
- Pihak Berkuasa Tempatan akan mempunyai maklumat data asas petunjuk bandar Malaysia
- Pelaksanaan MURNInet dapat membantu Pihak Berkuasa Negeri :-
- Menilai kemampanan bandar- bandar di Negeri Selangor.
- Mengenalpasti sektor-sektor yang kurang mampan dan perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
- Memberi cadangan - cadangan awal terhadap sektor yang ‘kurang mampan’.