Pasukan Khas Kaji Hal Pengurusan Tanah Diwujudkan
Katanya, pasukan khas tersebut akan dianggotai enam ahli dan ianya akan dipengerusikan oleh bekas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi (1994-2004), Dato’ Tan Kee Kwong bersama bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi (1996-2002) Prof Dato’ Dr Nik Mohd Zain Nik Mohd Yusof.
“Kedua-dua mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang urus tanah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), petang tadi.
Tambahnya lagi, pasukan itu nanti akan menilai keberkesanan penggunaan sistem e-tanah dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Selangor.
Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri turut mengumumkan akan memberi bantuan beras kepada rakyat berpendapatan RM1,500 ke bawah yang mempunyai lima orang isi keluarga.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam sidang media yang sama.
Katanya kerajaan negeri telah memperuntukkan setengah juta ringgit untuk membeli beras bagi mengurangkan beban golongan tersebut.
“Beras ini akan dibeli dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.
Menurutnya, senarai penerima bantuan itu akan diberikan oleh pejabat-pejabat daerah dan akan diagih-agihkan kepada seluruh daerah di Selangor melalui ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat.- MURIZA ABDUL HAMID