Seorang penduduk, Mohd. Halimi Hassan, 36, berkata, pihak berkuasa harus memandang serius perkara itu memandangkan sudah empat kali kawasan itu dilanda banjir lumpur.
"Kami harap pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah kami ini dengan segera dan memikirkan satu kaedah bagi mengelakkan banjir lumpur berulang.
"Kami tidak mahu perkara-perkara sebegini mencacatkan persekitaran dan nama baik Putrajaya sebagai sebuah bandar pentadbiran kerajaan yang disegani," katanya.
Seorang lagi penduduk yang ditemui, Khairul Riza Mohd. Laki, 35, berkata, beliau berasa bimbang dengan keselamatan anak-anak penduduk di sini sewaktu hujan lebat kerana bumbung pangsapuri itu yang mudah dicabut jika hujan lebat dan angin kencang.
"Kejadian bumbung tercabut sudah banyak kali berlaku dan hampir terkena penduduk.
"Walaupun ia belum lagi menyebabkan sesiapa tercedera, namun ia cukup membahayakan penduduk terutama kanak-kanak dan langkah bagi mengelak kecederaan perlu diambil," jelasnya.
Dalam pada itu, Wan Muhd. Zarimi Wan Ali, 33, berkata, pangsapuri ini sepatutnya diselenggara dengan baik terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada penduduk.
Katanya, banyak lagi kemudahan penting masih belum terdapat di kawasan itu seperti perhentian bas, klinik kesihatan, pasar raya dan sebagainya bagi menampung jumlah penduduk yang hampir mencecah 2,000 orang.
"Presint 11 merupakan presint terbesar di kawasan Putrajaya dan sepatutnya setiap kawasan pangsapuri perlu dilengkapi kemudahan penting.
"Faktor keselamatan juga perlu dititikberatkan seperti soal kebakaran, kecurian dan kemalangan jalan raya kerana banyak jalan-jalan di sini sudah rosak akibat banjir," katanya.
Penduduk-penduduk di sini juga merayu agar sijil layak menduduki (CF) sementara yang sudah tamat tempoh lebih setahun itu diambil perhatian oleh pihak berkuasa dan pemaju.
Katanya, tanpa sijil itu, mereka tidak dapat hendak mempercepatkan penubuhan satu jawatankuasa penduduk untuk menjaga kepentingan semua penduduk.
Mereka juga mahu agar wakil rakyat di situ sering meninjau masalah penduduk agar mereka tidak terasa diabaikan dan dapat bersama-sama membantu memajukan kawasan itu.