GOMBAK – HULU LANGAT GEOPARK
Apakah Geopark?
Geopark adalah satu kawasan dengan keluasan bersesuaian, mempunyai sempadan yang jelas dan mengandungi beberapa tapak warisan geologi yang dikenali sebagai geotapak berkepentingan kebangsaan, serantau atau antarabangsa yang dibangunkan secara lestari bagi meningkatkan apresiasi, tahap ekonomi dan nilai budaya penduduknya terhadap warisan geologi tersebut, terutamanya melalui penglibatan komuniti dalam aktiviti berteraskan pelancongan. Geopark perlu mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, geologi, sejarah dan budaya, dan memastikan hubungan di antara unsur-unsur tersebut diperkukuhkan melalui pengurusan dan kawal selia secara mampan dan menyeluruh.
9 Komponen Geopark
Geopark ialah gagasan pembangunan (bukan perlindungan) yang tidak memerlukan perundangan atau pewartaan dan sentisa menghormati hak dan bidang kuasa kerajaan negeri dan negara.
1. Geopark ialah peraga pembangunan wilayah lestari
2. Mempunyai satu atau lebih warisan geologi (geotapak bernilai kebangsaan)
3. Mempunyai 15-25 geotapak bernilai negeri/kebangsaan
4. Mempunyai tapak watisan lain yang berkaitan dengan warisan geologi (biotapak dan tapak budaya)
5. Sempadan geopark yang sesuai
6. Pembangunan komuniti setempat
7. Pembangunan geopelancongan
8. Governans yang sesuai
Lokasi Geopark
Klik untuk paparan lebih jelas
STATUS SEMASA PROJEK
Klik untuk paparan lebih jelas