Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyurat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2018 yang telah bersidang pada 24 Januari 2018 melalui kertas ringkasan MMKN. No. 38/3/2018 telah menimbang dan meluluskan cadangan pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Rayuan Negeri Selangor untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa pada 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020. Selain itu, Subseksyen 36(2), Akta 172, telah memperuntukan cadangan pelantikan ini perlu diwartakan melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri. .Berdasarkan Seksyen 36(2)(a), Akta 172, Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan perlu mendapat persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tempoh 3 tahun berkuatkuasa pada 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020.
AHLI-AHLI LEMBAGA RAYUAN NEGERI SELANGOR SESI 2018-2020 PENGERUSI : YBHG. DATO’ HAJI ABU BAKAR BIN AWANG TIMBALAN PENGERUSI : YBHG. PUAN NORAZIAH BINTI ABU BAKAR
AHLI-AHLI LEMBAGA :
1. YBHG. DATO’ AZMEER BIN RASHID 2. YBHG. DATO’ HAJI ABDUL MUTALLIB BIN JELANI 3. YBHG. TUAN HO KHONG MING 4. YBHG. DATIN TEH ZAWAHIR BINTI ABDUL MALEK 5. YBHG. PN. HAJAH NORASIAH BINTI YAHYA 6. YBHG. PROF MADYA TPR DR. JAMALUNLAILI BIN ABDULLAH 7. YBHG. DR. SITI SARAH BINTI SULAIMAN 8. YBHG. DATO’ TPR HAJI MOHD ZAKI BIN IBRAHIM 9. YBHG. DATO’ HAJI MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN 10. YBHG. DATO’ HAJI KAMARULZAMAN BIN JAMIL 11. YBHG. DATO’ TPR HAJI MOHD JAAFAR BIN HAJI MOHD ATAN 12. YBHG. DATUK GUNASILAN A/L PONNIAH
PENDAFTAR : EN. MOHAMAD FAISAL BIN JAMALUDIN URUSETIA 1. EN. MOHD FAZLI BIN RAZALI 2. EN. NOR-DIN BIN ABU BAKAR