Dimaklumkan bahawa, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor akan menganjurkan Program Geran Kecil Alam Sekitar (GKAS) dan Geran Kecil Teknologi Hijau (GKTH) Negeri Selangor Tahun 2023. Program ini merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyokong agenda negeri ke arah melestarikan alam sekitar dan mewujudkan persekitaran hijau.