jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

WEBINAR PENILAIAN IMPAK SOSIAL NEGERI SELANGOR BERTAJUK “HALA TUJU PENILAIAN IMPAK SOSIAL DALAM KEBENARAN MERANCANG : SUATU PENAMBAHBAIKAN

Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi (KSKR) PLANMalaysia@Selangor dengan kerjasama PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) akan menganjurkan program webinar Penilaian Impak Sosial Negeri Selangor yang bertajuk “HALA TUJU PENILAIAN IMPAK SOSIAL DALAM KEBENARAN MERANCANG : SUATU PENAMBAHBAIKAN”. Program webinar ini bertujuan untuk mendalami secara lebih berkesan intipati yang diperlukan di dalam sesuatu Laporan Penilaian Impak Sosial dan keperluan Analisis Impak Sosial berdasarkan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Program ini akan diadakan pada:

⯑️ : 27 Nov 2021 (Sabtu)

⏰ : 9.30 pagi - 3.30 petang

⯑  : ZOOM Application 

INTIPATI program ini juga akan menyentuh mengenai Kriteria Penilaian Impak Sosial, Panduan Penyediaan Laporan SIA Kategori 3, Analisis Impak Sosial di dalam Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Kaedah Memproses Kebenaran Merancang dari Perspekstif PBT, Amalan Terbaik Penyediaan Laporan SIA dan Perkongsian Pengalaman daripada penyedia Laporan SIA. Selain itu, program webinar ini juga akan melibatkan sesi perkongsian pengalaman daripada panel jemputan dan akan mengupas isu berkaitan penyediaan SIA.

 MIP Members : 2 CPD Point for MIP Member

Register online di ⯑⯑⯑

https://forms.gle/PDh3HNk32c1eLDDA7

‼️JOM sertai kami. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua‼️

Cetak Emel

  • Laman Utama
  • Berita
  • WEBINAR PENILAIAN IMPAK SOSIAL NEGERI SELANGOR BERTAJUK “HALA TUJU PENILAIAN IMPAK SOSIAL DALAM KEBENARAN MERANCANG : SUATU PENAMBAHBAIKAN