jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PROGRAM SEMINAR PELAKSANAAN SIA NEGERI SELANGOR

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, PLANMalaysia@Selangor bersama Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi (KSKR) JPBD Selangor akan menganjurkan Majlis Sambutan 100 Tahun Perancang Bandar Di Malaysia Peringkat Negeri Selangor Dan Seminar Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (SIA) Di Negeri Selangor seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 November 2020 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 2.15 petang
Tempat : Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam
Dirasmikan : YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor
Yuran Penyertaan dan Borang : Seperti dilampiran

Sehubungan itu, pihak PLANMalaysia@Selangor dan KSKR JPBD Negeri Selangor selaku penganjur seminar ini ingin mengalu-alukan penyertaaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/Datin/Tuan/Puan ke seminar yang dianjurkan ini.

Bersama-sama ini disertakan risalah, aturcara program dan borang penyertaan seminar beserta yuran penyertaan untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/Datin/Tuan/Puan.

Adalah besar harapan kami dengan kesudian YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/Datin/Tuan/Puan untuk hadir atau menghantar wakil ke seminar ini dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin Paduka/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat seminar (JK Jemputan dan Kehadiran) melalui telefon seperti berikut:

Pn. Norhuda binti. Md Yusuf : 03-5511 6666 (samb. 5524)
Pn. Ain Shahada binti Rozali : 03-5511 6666 (samb. 5526)
Pn. Norseha binti Mahboat : 03-5511 6666 (samb. 5519)
En. Mohamad Zulfikafitri bin Othman : 03-5511 6666 (samb. 5482)
Pn. Nur Haida binti Hassan : 03-5511 6666 (samb. 5472)

Sekian.

Cetak Emel