Kebenaran Merancang (KM)

KEBENARAN MERANCANG ADALAH kebenaran yang diberi dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.

Sesiapa yang hendak melaksanakan pembangunan hendaklah memperolehi kebenaran merancang dari Pihak Berkuasa Perancang Tempatan terlebih dahulu dan hendaklah mematuhi syarat-syarat kebenaran yang telah diberikan kepadanya.
 
Tafsiran Kebenaran Merancang

Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta 172, kebenaran merancang ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’. “Menjalankan pemajuan” disini bermaksud, sebarang tindakan pembangunan termasuk kerja-kerja yang memerlukan kelulusan di bawah lain-lain Akta.
 

Larangan Mengenai Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang

Keperluan bagi mendapat Kebenaran Merancang adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 19(1), Akta 172 iaitu:

“Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan ebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah iberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah Seksyen 24(3)”.
 
Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. ika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan dijalankan berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 27 dan Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Kebenaran Merancang yang Perlu Dirujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Seterusnya kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) untuk Mendapat Nasihat Mengikut Peruntukan Subseksyen 22(2A), Akta 172

  1. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu (10,000 orang) atau meliputi suatu kawasan yang melebihi seratus (100 hektar) hektar atau kedua-duanya.

  2. Sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastuktur atau kemudahan utama , termasuk :
    a) Kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya, dan
    b) Kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan, stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksid.

  3. Sesuatu pemajuan yang melibatkan kawasan di puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam sesuatu rancangan pemajuan.
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan akan merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan seterusnya  Jawatankuasa perlu merujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu permohonan yang dikemukakan.
 
 

Proses dan Prosedur Kebenaran Merancang

Proses permohonan Kebenaran Merancang terbahagi kepada 5 peringkat (rujuk Rajah 1.0 : Proses dan Prosedur Kebenaran Merancang).

e-Rancang

e-Rancang

e-Rancang adalah Sistem Pengurusan Berkomputer; digunakan oleh JPBD untuk tingkatkan Kecekapan Memproses dan meluluskan Permohonan Pembangunan Tanah  dan Kebenaran Merancang secara Elektronik dengan  menggunakan sepenuhnya  Teknologi ICT Terkini untuk semua Proses Perancangan.

e-Rancang Proses

Dibangunkan Berdasarkan Proses Kerja Menimbangkan Permohonan Pembangunan Tanah iaitu:

Image

Di Semua Peringkat Proses Kerja, Pengguna Di JPBD boleh:

Image

Modul-Modul Dalam e-Rancang Dibangunkan Berdasarkan Proses Kerja Tersebut iaitu:

Image

Rekabentuk Rangkaian

Image

 

Rangkaian LAN, WAN dan Web-enable Ke Pelbagai Agensi

Faedah-Faedah

  1. Permudahkan jururancang/pemaju sediakan maklumat cadangan pembangunan secara digital,
  2. Percepatkan serahan dan semakan permohonan di Kaunter,
  3. Tingkatkan kecekapan prosesan teknikal oleh Jabatan Dalam dan Luar yang membuat penilaian permohonan,
  4. Menjamin ketelusan JPBD melayani pelanggan bagi memantau status permohonan mereka,
  5. Carian dan capaian maklumat permohonan semakin mudah, cepat dan cekap
  6. Membentuk satu piawai dokumentasi yang seragam untuk digunapakai oleh pemaju dan kakitangan Jabatan Perancangan
  7. Dari itu mengelak kerja berulang dan menjimat masa sekaligus percepat dan permudah proses kelulusan perancangan.

 

 

 

RFN (Rancangan Fizikal Negara)

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE 3 (RFN 3)

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara. Bagi memastikan kesesuaian dan perubahan dengan keperluan semasa, Sub-Seksyen 6B (4) Akta 172 menetapkan keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia Lima Tahun, atau apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).
RFN Ke-3 mengambil pendekatan memperkemas dan memperincikan dasar-dasar perancangan spatial RFN1 dan RFN2 yang telah melalui dua (2) kali proses kajian semula dalam membentuk hala tuju strategik. Strategi dan tindakan pelaksanaan sedia ada dimantapkan dan dasar-dasar sektoral dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, alam sekitar dan sosial turut diterapkan dalam cadangan hala tuju strategik RFN Ke-3. RFN Ke-3 ini juga menekankan kepada pembangunan dan perancangan yang mampan sebagai prinsip utama dalam mencapai sebuah negara yang berdaya tahan dan berdaya huni pada tahun 2040.
Perancangan fizikal dan spatial dalam RFN Ke-3 ini akan menjurus kepada keterangkuman kesemua fokus utama iaitu Pertumbuhan (Growth), DayaTahan (Resiliency), Daya Huni (Liveability) dan Kemampanan (Sustainability).

MATLAMAT
Membentuk Negara yang Berdaya Tahan dan Berdaya Huni

TERAS
Tiga (3) teras utama RFN Ke-3 iaitu Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar, Kemampanan Spatial dan Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Pembangunan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni seperti berikut:-

Teras 1 (PD) : Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar
PD 1 - Pertumbuhan Bandar yang Seimbang
PD 2 - Pembangunan Luar Bandar yang Bersepadu
PD 3 – Hubungan dan Akses yang Dipertingkatkan

Teras 2 (KD) : Kemampanan Spatial dan Daya Tahan terhadap Perubahan Iklim
KD 1 – Pengurusan Mampan Sumber Asli, Sumber Makanan dan Sumber Warisan
KD 2 - Perancangan Guna Tanah Holistik
KD 3 - Bandar Rendah Karbon dan Infrastruktur Mampan

Teras 3 (KI) : Pembentukan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni
KI 1 – Persekitaran Kehidupan Lengkap dan Berkualiti
KI 2 – Persekitaran Komuniti Berdaya Huni
KI 3 – Keterlibatan dan Kolaborasi Komuniti

RFN3

 

Special Area Plan (SAP)

{mosimage}Special Area Plan (SAP) is a  special action plan mainly for a particular area identified by the State Authority/Local Authority. The preparation of SAP is aimed at fast developing, redeveloping, beautifying and preserving or also aimed at managing a certain area.

The latest amendments to Town and Country Planning Act 1976, Act 172 i.e. Act A 1129 provides the need for the preparation of Special Area Plan (SAP) mentioned in Section 16B (1)(2)(3).

This plan is a detailed plan which carries a local flavor prepared specially for areas that has a special interest to the Local Planning Authority (LPA).The Preparation of SAP is also to enable the LPA to speed up a planning action on an area aimed at  quickly redeveloping, beautifying or preserving it or for the purpose of managing the said area. In addition, SAP has the same authority as that of the Local Plan.

The gazette of Special Area on 14 June, 2001 is:

  1. Special Area Plan Bestari Jaya Gazette No: 1547

** All the above reports are priced at RM50.00 and can be purchased at 16 Floor, TCPD Selangor.

Pembangunan Mampan

MurniNet

Bandar Selamat