“Di Shah Alam sahaja kita dapati tunggakan hasil kutipan cukai pintu yang belum dijelaskan berjumlah lebih kurang RM11juta yang melibatkan 20 organisasi dan juga syarikat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.
Menurutnya antara organisasi dan juga syarikat yang belum menjelaskan tunggakan hasil cukai pintu ialah Kompleks UMNO Shah Alam Seksyen 11, Zalco Holding Sdn Bhd, Kesatuan Pelajar Melayu, Besi Baga Hardware(M) Sdn Bhd, MRCB Salborn Corporation Sdn Bhd, Tahap Warisan Sdn Bhd, RHP-Astanaz Dev Sdn Bhd dan Ken Rimba Jaya Sdn Bhd.
Menurutnya lagi, selain kawasan Shah Alam, daerah lain juga turut menghadapi masalah yang sama dalam membuat kutipan tunggakan cukai.
“Kerajaan negeri akan memantau keseluruhan hasil kutipan di semua daerah supaya setiap PBT mempunyai dana yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk tempatan,” katanya. – MURIZA ABDUL HAMID