jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Soalan Lazim

Soalan Lazim Mengenai Portal JPBD Selangor

Apakah itu Portal JPBD Selangor?

Portal JPBD Selangor adalah singkatan untuk Portal Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Portal JPBD Selangor merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan JPBD Negeri Selangor melalui Internet.

Mengapa Portal JPBD Selangor diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan JPBD Negeri Selangor  telah disediakan secara online dan Portal JPBD Selangor diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal JPBD Selangor?

Umumnya, Portal JPBD Selangor boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.

Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal JPBD Selangor tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal JPBD Selangor?

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
Tingkat 15-18 Bangunan Darul Ehsan, No.3 Jalan Indah,
Seksyen 14,
40646 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel. : 03-5511.6666.
Faks. : 03-5511.3557, 03-5510.5051.
Emel : admin [at] jpbdselangor.gov.my

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklumbalas dan aduan kepada JPBD Selangor?

Anda boleh mengisi borang di bahagian "Maklum Balas" dalam Portal. Ia akan disalurkan kepada kami.
atau
Aduan Selangor http://stars.selangor.gov.my

Apakah Perancangan Bandar?

Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "perancangan kegunaan tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar.

Siapa yang bertanggungjawab dalam merancang bandar?

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

Apakah konsep perancangan?

Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ianya melalui proses analisis keadaan semasa, kenalpasti isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan tanah.

Apakah Peruntukan Undang-undang untuk Aktiviti Perancangan bandar?

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) adalah peruntukan undang-undang secara langsung yang menjelaskan siapa yang berperanan dan bertanggungjawab, bidang tugas dan aktiviti-aktiviti perancangan bandar.

Apa itu Rancangan Pembangunan?

Rancangan Pembangunan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangkakerja perancangan, menggalakkan pembangunan pihak berkuasa negeri (PBN).

Apakah Rancangan Fizikal Negara?

RFN adalah rancangan reruang ”spatial” negara yang memberi panduan strategik mengenai arah dan corak pembangunan fizikal negara.

Apakah Rancangan Struktur Negeri?

Merupakan satu penyertaan bertulis yang mengemukakan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar dari segi fizikal, perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.

Apakah Rancangan Tempatan Daerah?

Merupakan suatu pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Ia menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi suatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Laporan Cadangan Pemajuan.

Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan Seksyen 21A,Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukan.

Kebenaran Merancang.

Kebenaran Merancang hendaklah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum sesuatu pemajuan dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan Kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir, dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang ditetapkan oleh PBT sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen 21 (1). Seksyen 21 (3) berkehendakkan supaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT boleh mengarahkan pemohon mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjak belakang bangunan dan sebagainya.

Siapa yang memberi Kebenaran Merancang?

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah yang memberi kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh pemohon.

Apakah Kegunaan Kebenaran Merancang?

Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu Kebenaran Merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja  pembangunan.

Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa/tidak memenuhi Kebenaran Merancang?

Ianya merupakan kesalahan mandatori dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 atau penjara dua(2) tahun atau kedua-duanya sekali.Denda akan dikenakan sehingga RM5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

Apakah itu Khidmat Nasihat Perancangan?

Khidmat Nasihat Perancangan adalah perkhidmatan jabatan ini kepada orang awam sebelum mengemukakan permohonan rasmi kepada PBT / PD. Ianya disediakan melalui perkhidmatan di kaunter melalui pertanyaan. Secara bertulis dan secara ‘online’ di laman web JPBD SELANGOR.

Bolehkah pemohon membuat pertanyaan dan semakan perancangan?

Bahagian Kawalan Perancangan bersedia menjawab sebarang pertanyaan melalui telefon, di kaunter dan secara online melalui laman web berhubung dengan masalah permohonan perancangan.

Apakah maklumat yang diperlukan untuk melihat gunatanah bagi lot pemohon?

Pemohon perlu mengemukakan ;
No Lot dan No Syit bagi memudahkan mendapatkan maklumat berkenaan gunatanah bagi lot tersebut.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh jabatan untuk memproses permohonan perancangan?

Mengikut Piagam Pelanggan jabatan masa yang di ambil adalah selama 14 hari bekerja jika maklumat yang disediakan lengkap.

Apa dia Lembaga Rayuan?

Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.

Bilakah ia ditubuhkan?

Lembaga Rayuan ditubuhkan pada 1995 di bawah seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Apakah perkara yang boleh dibuat rayuan?

*Sek.23 (1)(a) - permohonan yang ditolak atau syarat-syarat yang dikenakan.
*Sek.25 (9) - Pampasan yang ditawarkan hasil daripada penarikan balik     kebenaran Merancang atau pengubahan kebenaran Merancang.
*Sek.30 (2) - Notis permintaan yang - memberhentikan pengunaan , mengemukakan syarat bagi penggunaan tanah , meminta langkah-langkah tertentu di ambil.
*Sek. 30 (7) - terkilan dengan jumlah bayaran pampasan
*Sek. 35,35b,35d dan 36 - terkilan dengan apa-apa perintah Bahagian V(a) Perintah Pemeliharaan Pokok Akta A933

Bagaimanakah rayuan boleh dibuat?

Permohonan hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Urusetia dan dihantar ke alamat berikut:-
Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Selangor,
D/A Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
Tingkat 18, Bangunan Darul Ehsan No.3 Jalan Indah,
Seksyen 14, 40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5511.6666
Faks: 03-5511.3557

Siapakah Pendaftar Lembaga Rayuan?

Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan Korporat JPBD Negeri Selangor adalah sebagai Pendaftar Lembaga Rayuan.

Apakah syarat yang perlu dipatuhi untuk membuat rayuan?

Rayuan hendaklah dikemukakan dalam masa satu bulan daripada tarikh keputusan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berapakah bayaran yang dikenakan?

Pendaftaran dikenakan sebanyak RM 100 bagi setiap kes. Borang Percuma.

Adakah keputusan Lembaga Rayuan boleh diatasi oleh lain-lain mahkamah?

Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Dimanakah perbicaraan dijalankan?

Bilik Persidangan
Tingkat 18, Bangunan Darul Ehsan No.3 Jalan Indah,
Seksyen 14, 40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Apakah definisi pembangunan mampan secara umum?

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka  : Sustainable = Berterusan.

Apakah definisi pembangunan mampan antarabangsa?

Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendefinisikan pembangunan mampan sebagai “pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang memenuhi keperluan mereka”

Apakah definisi pembangunan mampan Negeri Selangor?

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan definisi pembangunan mampan di dalam konteks tempatan Mampan Selangor (2000) ;‘Pembangunan mampan ialah mengenai reformasi ekonomi; proses pembangunan mengambilkira dengan serius kesan pembangunan terhadap alam sekitar, sumber asli dan masyarakat setempat’.

Apa Agenda 21 Selangor?

Agenda 21 Selangor merupakan pelan tindakan pelaksana strategi pembangunan mampan peringkat negeri yang dibentuk berdasarkan kepada Strategi Pembangunan Mampan Selangor.

Apa local Agenda 21?

Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

Apa Itu e-MURNInet Selangor?

e-MURNInet Selangor merupakan perisian aplikasi web serta pusat rujukan dan capaian maklumat berkaitan dengan projek Kajian Petunjuk Bandar Mampan Selangor yang diuruskan oleh JPBD Selangor.

Apakah definisi Bandar Selamat?

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

 

Cetak Emel