jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+
Button

Bandar Selamat

Bagi tahun 2018 jabatan bekerjasama dengan MDHS untuk penyediaan Program Bandar Selamat dengan peruntukan sebanyak RM90,000.00.

Tujuan
Kertas cadangan ini disediakan adalah untuk merangka dan membentuk satu program perbandaran yang selamat kearah mewujudkan persekitaran yang kondusif melalui pelaksaan projek fizikal Bandar Selamat ke atas kawasan tumpuan bagi mencegah berlakunya ancaman.

Matlamat
Menjadikan penduduk di Daerah Hulu Selangor dalam keadaan selamat, harmoni dan berdaya murni dengan mengambil langkah dalam penyediaan Program Bandar Selamat serta penglibatan dan kerjasama dari setiap lapisan masyarakat dan agensi berkepentingan dalam mewujudkan persekitaran yang selamat.

Objektif

3.1.1 Memberi keutamaan dalam menyediakan persekitaran serta perkhidmatan terbaik kepada warga Hulu Selangor terutama dalam menggalakkan inisiatif program Bandar Selamat.
3.1.2 Meningkatkan sokongan kemudahan awam kepada penduduk.
3.1.3 Mengurangkan kadar jenayah semasa dengan mengambil inisiatif penyediaan keperluan elemen Bandar Selamat.

Cetak Emel