jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

RFN (Rancangan Fizikal Negara)

Pengenalan

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.

Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya:

  • Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.
  • Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan
  • Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Fungsi Rancangan Fizikal Negara

  • Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.
  • Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
  • Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan
  • Membentuk polisi perancangan fizikal.

Lapan Tema Rancangan Fizikal Negara

  • Pembentukan kerangka spatial negara.
  • Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pemodenan sektor pertanian. Pengukuhan pembangunan pelancongan. Pengurusan petempatan manusia. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.
  • Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi RFN di http://www.townplan.gov.my/content.php?ID=41

CetakEmel