RSN (Rancangan Struktur Negeri)

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 (RSNS 2035)

Rancangan Struktur (RS) merupakan satu dokumen perancangan yang diwartakan bagi memandu dan mengawal pembangunan fizikal bagi sesebuah negeri. Mengikut Subseksyen 8(3), Akta 172 Rancangan Struktur didefinisikan sebagai suatu pernyataan bertulis yang:
1. Menerangkan dasar-dasar dan cadangan strategik peringkat negeri berkenaan dengan:
    • Pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan luar bandar;
    • Langkah-langkah untuk memperelokkan lagi alam sekitar;
    • Perhubungan dan pengurusan lalulintas; dan
    • Meningkatkan tahap kesejahteraan, sosio ekonomi serta 
menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

2. Mengandungi perkara-perkara lain yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu;
3. Menyatakan pertalian antara cadangan- cadangan yang terkandung di dalamnya dengan cadangan- cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah di negeri -negeri yang bersempadanan dengan yang dijangka menyentuh negeri itu.

Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 adalah seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negeri mengikut peruntukan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Sehubungan itu, PLANMalaysia@Selangor telah memulakan kajian semula Rancangan Struktur Negeri (RSN) bagi menepati keperluan tersebut. 

MATLAMAT
Mempekasakan Pembangunan Negeri Selangor Sebagai Sebuah Wilayah Bandar yang Berkembang Maju, Mampan dan Makmur (Thriving, Sustainable and Prosperous City Region)

TERAS
Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (RSNS 2035) telah menggariskan sebanyak tiga (3) Teras, 18 Halatuju dan 70 Dasar. Bagi teras Wilayah Bandar Berkembang Maju terdapat enam (6) Halatuju dan 13 Dasar, manakala di dalam teras Wilayah Bandar Mampan terdapat enam (6) Halatuju dan 32 Dasar, bagi teras Wilayah Bandar Makmur terdapat enam (6) Halatuju dan 25 Dasar. 

Konsep perancangan RSNS 2035 dibentuk berdasarkan kepada tiga asas utama iaitu Rancangan Fizikal Negera Ke-3, dasar-dasar pembangunan negara yang telah digubal dan kajian-kajian perancangan baru yang telah dijalankan di peringkat Kerajaan Persekutuan serta halatuju pembangunan Negeri Selangor yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri. Faktor-faktor ini bersama dengan penemuan kajian, menjadi asas pertimbangan di dalam menentukan matlamat pembangunan RSNS 2035, indikator dan sasaran, cadangan am serta strategi pembangunan. Sasaran, strategi pembangunan dan dasar-dasar RSN 2020 juga dinilai untuk diambil kira di dalam pembentukan RSNS 2035. Dengan mengambilkira Agenda 21 Selangor, dasar-dasar di peringkat Negeri, konsep RSNS 2035 juga berlandaskan kepada prinsip pembangunan mampan dan perlaksanaannya adalah berteraskan kepada pengurusan sumber secara bersepadu selaras dengan konsep ‘Smart State’.

rsn2035

Cetak