jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

PEMBANGUNAN APLIKASI MOBILE SISMAPS V2

i. PENGENALAN

Bukan sekadar keupayaan web yang boleh dicapai melalui mobile device, malah penyedia aplikasi mudah alih disediakan bagi memudah cara proses penyampaian malumat kepada pengguna dimana jua mereka berada. Hasil akhir membolehkan pengguna memuat turun aplikasi daripada Apple App Store dan Google Play.

ii. OBJEKTIF

Objektif sub-modul pembangunan Aplikasi Mobile SISMAPS V2 adalah seperti berikut:

• Memudahkan pengguna membuat semakan guna tanah pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
• Memastikan pihak JPBDS kekal relevan dan sentiasa kehadapan di dalam menggunapakai teknologi di dalam aspek perancangan dan pentadbiran sekaligus dapat meningkatkan imej korporat jabatan.
• Menarik minat segmenpengguna baru di dalam memperkenalkan fungsi jabatan dan juga keupayaan aplikasi GIS.

iii. CIRI-CIRI APLIKASI MOBILE SISMAPS V2

• Pemilihan kawasan mengikut PBT
Senarai pilihan pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dipaparkan setelah pengguna mula melayari aplikasi ini. Pengguna boleh membuat pilihan berdasarkan carian maklumat mengikut persempadanan pihak berkuasa tempatan

• Map Extent
Penyeragaman peggunaan fungsi zoom in dan zoom out dengan menggunakan kaedah zoomin dan pinching seperti pada kebiasan dalam penggunaan telefon pintar. Pembangun sistem menyarankan penggunaan skrin peranti telefon pintar berukuran 7 inci ke atas.bagi tujuan keselesaan melayari peta di dalam aplikasi ini,


• Identifier
Identifier berfungsi memberikan info berkaitan lot yang telah dipilih oleh pengguna. Pengguna boleh mendapatkan maklumat bagi sesuatu lot dengan menggunakan fungsi Identifier ini.

• Map Transparency
Map transparency memudahkan pengguna untuk membuat pilihan tahap ketelusan antara maklumat gunatanah dan juga imej peta asas yang disediakan di dalam aplikasi.

• Geo Locator
Memudahkan pengguna mengenalpasti kedudukan lokasi semasa dan mengetahui maklumat tanah yang disediakan. Ia berguna terutamanya bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat gunatanah semasa di tapak

• Carian
Kaedah carian lot dan berdasarkan nama jalam disediakan kepada pengguna bagi mencari maklumat guna tanah cadangan lot-lot tertentu. Pengguna hanya perlu memasukkan no lot/ nama jalan dan seterusnya sistem akan memaparkan lokasi lot tersebut di dalam paparan aplikasi.

 


vi. RUMUSAN

Pembangunan aplikasi mobile ini memberikan kemudahan kepada pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem pengoperasian popular seperti IOS dan juga Android. Penyediaan aplikasi seumpana ini merupakan nilai tambah kepada sistem yang berasaskan paparan peta yang berguna terutamanya di dalam aktiviti peracangan bandar pada masa kini. Penyediaan aplikasi ini diharap dapat meningkatkan penglibatan masyarakat dan agensi berwajib terhadap kepentingan aktiviti perancangan di sesebuah kawasan dan seterusnya mampu menjadikan aktiviti pembangunan guna tanah yang teratur dan terancang seperti yang telah diwartakan di dalam penyediaan Rancangan Tempatan Daerah.

CetakEmel