Dasar Perbandaran Negara

DASAR PERBANDARAN NEGARA KEDUA (DPN 2)

Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) 2016-2025 disediakan bagi meneruskan langkah-langkah DPN 2006 dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

• Dasar-dasar terkini Kerajaan Persekutuan dan Negeri;
• Isu-isu perbandaran semasa;
• Wawasan Negara;
• Rancangan Malaysia Ke-11; dan
• Dasar-dasar dan polisi-polisi luar negara yang disediakan seperti Eco2 Cities, COP15 Copenhagen, The Sustainable Development Goals (SDGs); The Global Competitiveness Report, New Urban Agenda (NUA) dan lain-lain yang berkaitan.

DPN2 merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016-2025. Ia juga memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh PBT, agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. DPN2 juga telah meliputi Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah.

dpn2

PERNYATAAN DPN2

Memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran yang mampan dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan fizikal, alam sekitar, sosial dan ekonomi negara.

VISI DPN2
“Bandar Yang Mampan Untuk Kesejahteraan Rakyat”

PRINSIP DPN2
DPN2 digubal mengikut lima (5) prinsip yang telah ditentukan berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan. Prinsip-prinsip DPN2 disokong oleh 36 Objektif serta dilaksanakan melalui 62 Strategi dan 113 Tindakan yang akan dilaksanakan dan dipantau oleh agensi-agensi yang telah dikenalpasti. Lima (5) prinsip untuk pelaksanaan DPN2 berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan ialah -

prinsip

Cetak