jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Seminar Halatuju Penyediaan LCP Dalam Permohonan Perancangan

PENGENALAN

Laporan Cadangan Pemajuan yang mengandungi maklumat dan rasional mengenai sesuatu cadangan pemajuan merupakan dokumen yang sangat penting dan penyediaanya adalah sebagaimana kehendak undang‐undang dibawah Seksyen21A(1) Akta172. Penyediaannya tidak dapat tidak, perlu disediakan secara teratur dan bersistematik dan hendaklah disertakan bersama‐sama setiap permohonan Kebenaran Merancang bagi membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan mempertimbangkan sesuatu permohonan. Dokumen ini dalam kata lain akan bertindak sebagai `single point of reference' dan akan menjadi rujukan utama dalam membuat penilaian oleh pihak berkuasa berkenaan. Seminar ini bertujuan untuk bukan sahaja menyediakan platform kepada semua pihak terutamanya kepada para profesional swasta mengenai peripentingnya dokumen ini dari aspek perundangan dan penyediaanya yang mantap malah juga memberi peluang kepada pihak pegawai‐pegawai dipihak berkuasa untuk mendapatkan kaedah‐kaedah membuat penilaian yang konsisten terhadap LCP yang dikemukakan dari masa ke semasa.

OBJEKTIF

Meningkatkan kefahaman peserta melalui penyediaan dokumen LCP yang berkualiti menitikberatkan perkara‐perkara yang dikehendaki didalam Akta172 dimuatkan didalam LCP menjadikan dokumen LCP sebagai dokumen yang relevan bagi menyokong cadangan pembangunan dan pelan susunatur yang dikemukakan.

Program ini akan berlangsung pada 23 April 2013.

seminar LCP

Muat turun borang pendaftaran dan tentatif program.

Cetak Emel