jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan

Maklumat Sebutharga
No Tender     JPBD.Sel.400-10/2/4 (SH/05/2012)
Tajuk Tender     KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Tarikh Jual     03 Dec 2012
Tarikh Tutup     17 Dec 2012
Masa Tutup     12:00:00
Tempat Hantar     PETI SEBUTHARGA/TENDER JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR TINGKAT 17 BANGUNAN DARUL EHSAN, N0.3 JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 40646 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tender Dibuka kepada     Semua
Harga Dokumen Tender (RM)     0.00
Lokasi Muat turun Dokumen : Kenyataan Sebutharga dan Borang Sebutharga


Syarat
1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

2. Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank atau Cashier’s Order sahaja atas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR.

3. Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

4. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basic)

5. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.

6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

7. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebutharga tidak akan dikembalikan.

8. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

Cetak Emel