jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Pegawai Contoh Bulanan

Perutusan Pengarah Tahun 2013

Tn. Hj. Mohd Zaki Ibrahim

TUAN HAJI MOHD ZAKI IBRAHIM

PENGARAH

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor telah melalui tahun 2012 dengan jayanya.

Saya bersyukur kerana tahun 2012 juga telah mencatatkan kenangan manis bagi Jabatan dengan beberapa pengiktirafan di peringkat negeri mahupun negara. Di peringkat negara, Portal JPBD Negeri Selangor telah menerima penganugerahan Sijil 5 Bintang dari MAMPU dan berada pada kedudukan ke 19 daripada 554 portal agensi atau jabatan di seluruh negara. Di majlis sambutan Hari Inovasi 2012 Pentadbiran Kerajaan Selangor, Jabatan dianugerahkan dengan 2 pengiktirafan iaitu:

i. Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Tahun 2011
ii. Pengiktirafan Inovasi Laman Web 5 Bintang-Kategori Portal & Laman Web

Bagi tahun 2013 Jabatan akan terus memantapkan kualiti perkhidmatan ke arah perancangan yang mampan dengan menjadikan Jabatan sebagai ‘Center of Reference’ untuk penyelarasan perancangan dan maklumat perancangan geospatial peringkat negeri. Jabatan akan meneruskan usaha untuk menjadi peneraju utama di dalam aspek perancangan spatial gunatanah dengan membangunkan Sistem Maklumat Perancangan Selangor (SISMAPS) berasaskan web. Sistem pemantauan yang sedang dibangunkan akan diperluaskan untuk meliputi maklumat perancangan dari pelbagai pihak supaya ia dapat menjadi sistem maklumat geospatial yang lengkap di peringkat negeri.

Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan Jabatan, pembudayaan pengunaan ICT dan pengurangan penggunaan kertas dalam semua urusan Jabatan akan dilaksanakan sepenuhnya. Semua sistem sediada seperti e-PC, e-SPC, HRMIS, webmel dan sebagainya akan dipertingkatkan penggunaanya semasa menjalankan operasi seharian di pejabat. Ini merupakan salah satu inisiatif ke arah persekitaran pejabat hijau yang akan dilaksanakan di peringkat Jabatan di samping pembudayaan pengurusan kualiti yang akan dimantapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan saya panjangkan di atas sokongan, bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, semua Pihak Berkuasa Tempatan serta Jabatan Teknikal yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pengurusan perancangan gunatanah Negeri Selangor keseluruhannya.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan sehingga ke peringkat ini. Diharapkan usaha-usaha murni ini dapat diteruskan untuk kejayaan di masa akan datang. Selamat menyambut tahun baru semoga tahun 2013 akan membawa lebih banyak kejayaan.


HAJI MOHD. ZAKI IBRAHIM
Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.

Cetak Emel