jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Fungsi Bahagian

Bagi melaksanakan objektif-objektif perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa di Negeri Selangor, fungsi-fungsi sedia ada Jabatan adalah seperti berikut:

i. Penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang semua hal berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah;
   
ii. Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Kajian/Projek Khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif Jabatan;
   
iii. Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, kaedah-kaedah, piawaian dan garis panduan perancangan Desa di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor;
   
iv. Bertindak sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
   
v. Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan; dan
   
vi. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan/agensi lain mengenai perancangan bandar dan desa.
   
   
   
   
   
   
   

CetakEmel