jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Jenis-jenis Rayuan

i.   Notis Permintaan

Jika tuan punya tanah merasa terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti :
-    Meminta supaya diberhentikan penggunaan itu
-    Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, atau
-    Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.

ii.    Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis [Seksyen 23(1)(a)&(b)]

-    Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.
-    Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut Seksyen 21(b).

iii.    Amaun Pampasan (Seksyen 25(9))

Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan.

iv.    Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan [Seksyen 30(7)]

Bagi seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBT akibat menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBT.

v.    Rayuan Tehadap Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35C)

Jika seseorang terkilan dengan:
a.    Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok.
b.    Mana-mana Peruntukan dalam suatu Perintah Pemeliharaan Pokok.
c.    i. Penolakan pemberian kebenaran bertulis
ii. Mana-mana syarat yang dikenakan keatas pemberian suatu kebenaran bertulis, di bawah perenggan (a) Seksyen 35 A(2).
d.    Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok dibawah perenggan (b) Seksyen 35 A(2).

vi.    Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35D)

Jika pemunya tanah yang tanahnya dimaksudkan oleh sesuatu Perintah Pemeliharaan Pokok yang di awardkan, membuktikan bahawa mengalami kerugian yang berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, akibat dari mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35C.

vii.    Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok (Seksyen 35E)

Bilamana orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Pemerintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain.

____________________________________________________

ANDA INGIN MEMBUAT RAYUAN???
Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan, Lembaga Rayuan mengalu-alukan rayuan dikemukankan di alamat:

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Selangor,
D/A Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
Tingkat 18, Bangunan Darul Ehsan No.3 Jalan Indah,
Seksyen 14, 40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5511 666, 03-5511 6666
Faks: 03-5511 3557
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Rayuan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar Lembaga Rayuan atau muat turun di laman web ini.
Proses rayuan adalah seperti Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1999 dalam Warta Kerajaan bertarikh 30hb. September, 1999, Jil. 52 No. 20 Tambahan No. 12 Perundangan.

 

CetakEmel