jata Agensi di bawah
Kerajaan Negeri Selangor

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Fungsi Lembaga Rayuan

Fungsi Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya, menimbang kes-kes rayuan tersebut, di mana :

Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai Pembantah, Pemohon, Pemilik atau Pengguna merasa terkilan.

Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (pindaan) A933, Aktan Perancangan Bandar dan Desa.

____________________________________________________

ANDA INGIN MEMBUAT RAYUAN???
Jika berlaku sebarang ketidakpuasan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan, Lembaga Rayuan mengalu-alukan rayuan dikemukankan di alamat:

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Selangor,
D/A Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
Tingkat 18, Bangunan Darul Ehsan No.3 Jalan Indah,
Seksyen 14, 40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5511 666, 03-5511 6666
Faks: 03-5511 3557
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Rayuan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar Lembaga Rayuan atau muat turun di laman web ini.
Proses rayuan adalah seperti Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1999 dalam Warta Kerajaan bertarikh 30hb. September, 1999, Jil. 52 No. 20 Tambahan No. 12 Perundangan.

CetakEmel