jata Agency of
Selangor State Government

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Services

Perkhidmatan JPBD Selangor

Dasar Dan Strategi Am Perancangan Bandar Dan Desa

Bagi memperkukuhkan fungsi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, selaras dengan Selangor Negeri maju terulung tahun 2005, Dasar dan Strategi Am Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor telah dikemaskini serta diselaraskan mengikut perkembangan dan kehendak pembangunan semasa ke arah mewujudkan kehidupan sejahtera.

Penekanan terhadap pembangunan mampan, komuniti sejahtera, sistem pentadbiran dan kewangan yang berkesan serta pembangunan keupayaan sumber manusia akan menjadi teras utama di dalam penggubalan dasar dan strategi Jabatan pada tahun 2005. Memperincikan Dasar dan Strategi Am Perancangan Bandar dan Desa juga akan dijadikan sebagai panduan dalam menjayakan perancangan pembangunan Negeri Selangor

BIL DASAR STRATEGI
1. Pengwujudan keluarga sejahtera Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
i. Menyediakan suasana kerja yang kondusif;
ii. Menyediakan peralatan yang lengkap dan terkini;
iii. Mengadakan program aktiviti kekeluargaan;
iv. Menganjurkan aktiviti sukan dan riadah;
v. Menganjurkan aktiviti sosial/kebajikan masyarakat; dan
vi. Mengadakan program kaunseling bagi kakitangan.
2. Penyediaan dan Pelaksanaan Perancangan Mampan
i. Memahami dan mendedahkan terhadap idea dan rekabentuk inovasi;
ii. Merangka program untuk peningkatan ilmu di semua peringkat kakitangan dari semua pihak yang berkaitan;
iii. Menggalakkan perkongsian maklumat dengan semua kakitangan;
iv. Mengadakan perkongsian pintar dengan lain-lain agensi dan NGO;
v. Meningkatkan kepakaran mengenai konsep, methodologi dan teknik perancangan;
vi. Meningkatkan kefahaman terhadap aplikasi dalam pemerosessan dan rancangan pemajuan;
vii. Menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini;
viii. Menyediakan penanda aras sebagai model dan amalan terbaik;
ix. Mewartakan Rancangan Pemajuan; dan
x. Menyediakan sumber yang mencukupi sebagai medium pelaksanaan.
3. Pelaksanaan Agenda 21 Selangor
i. Memantau dan memantapkan Agenda 21 Selangor;
ii. Mewujudkan model pembangunan mampan;
iii. Melaksanakan sistem perancangan dan pembangunan sumber yang bersepadu;
iv. Melaksanakan e-Agenda 21 Selangor;dan
v. Melaksanakan petunjuk pembangunan mampan.
4. Sistem penyampaian yang berkesan
i. Menggalak dan meningkatkan penglibatan awam dalam perancangan (participatory planning);
ii. Menggunapakai piawaian yang terbaik dalam perancangan ke arah pembangunan mampan;
iii. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat perancangan yang berkualiti; dan
iv. Memantapkan penggunaan e-rancang di dalam kelulusan kebenaran merancang.
5. Pentadbiran yang berkesan
i. Melaksanakan Pekeliling Perkhidmatan Awam secara menyeluruh;
ii. Menambahbaikkan sistem pergerakkan fail dan surat menyurat;
iii. Menyediakan perkhidmatan yang telus, cepat dan tepat;
iv. Mengendalikan rekod perkhidmatan yang berkesan;
v. Menyelenggara peralatan pejabat yang berkesan;dan
vi. Menyediakan sistem penyampaian dasar dan pekeliling perkhidmatan yang berkesan.
6. Pengurusan kewangan yang efisyen
i. Mengurus dan mengawal belanjawan yang lebih sistematik;
ii. Mengurus pembayaran yang lebih telus, cekap, cepat dan tepat;
iii. Memahami peraturan dan arahan am perbendaharaan;dan
iv. Mengurus dan meningkatkan hasil jabatan.
7. Peningkatan pembangunan keupayaan ( Capasity Building )
i. Menggalakkan ‘team building';
ii. Meningkatkan imej jabatan;dan
iii. Meningkatkan keberkesanan dan kemahiran semua lapisan kakitangan.

 


DASAR KUALITI JABATAN

JPBD Negeri Selangor beriltizam untuk memberikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang dapat memenuhi keperluan pelanggan serta berusaha untuk meningkatkan secara berterusan mutu perkhidmatan melalui pencapaian dan penambahbaikan objektif kualiti .

Bahagian Perancangan Korporat
i. Memastikan pengurusan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri dijalankan mengikut peruntukan Akta 172 sekurang-kurangnya 6 kali setahun;

ii. Memastikan pengurusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Antara Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan di Selangor sekurang-kurangnya 6 kali setahun; dan

iii. Meningkatkan ilmu dan kemahiran kakitangan jabatan melalui kursus, seminar dan bengkel supaya setiap kakitangan dapat diberi latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun

Bahagian Rancangan Pembangunan
i. Mengkaji semula penyediaan / pengubahan Rancangan Struktur Negeri Selangor yang mematuhi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) sekurang-kurangnya sekali dalam 5 tahun;

ii. Menguruselia seranta untuk Penyertaan Awam di peringkat Laporan Pemeriksaan dan Bantahan Awam di peringkat Draf Rancangan Struktur Negeri bagi memenuhi kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) bagi memberi peluang kepada orang awam untuk meneliti dan mengemukakan pandangan dan bantahan sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang kajian dijalankan.

iii. Mengkaji semula penyediaan Rancangan Tempatan bagi mematuhi kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ), dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, disamping menterjemah dasar-dasar dalam Rancangan Struktur Negeri sekurang-kurangnya sekali dalam 5 tahun;

iv. Mengkaji semula Rancangan Kawasan Khas di Negeri Selangor yang mematuhi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) dan memenuhi kehendak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan sekurang-kurangnya sekali dalam 5 tahun;

Bahagian Pengawalan Perancangan
i. Memproses permohonan Kebenaran Merancang bagi kawasan di luar PBT mengikut keperluan Seksyen 5(2) Akta 172 dan kaedah perancangan dalam masa tidak lebih dari 120 hari bekerja selepas pendaftaran permohonan;

ii. Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Perancangan JPBD Selangor dalam proses membuat keputusan pemberian Kebenaran Merancang sebanyak 8 kali minima setahun;

iii. Layanan khidmat nasihat perancangan yang berkualiti di kaunter akan diberikan dalam tempoh 5 minit setelah loceng di kaunter dibunyikan oleh pelanggan;

iv. Memberi ulasan kepada permohonan yang dirujuk oleh Pentadir Tanah Daerah dan PBT dalam tempoh tidak melebihi 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan didaftarkan;

v.  Membuat perakuan Pelan Pecah Bahagian, Pecah Sempadan dan Penyatuan Tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pendaftaran permohonan; dan

vi. Menyediakan permohonan maklumat perancangan yang diterima secara bertulis dari agensi kerajaan dan swasta tidak melebihi 14 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran permohonan.

Bahagian Pengurusan
i. Memastikan anggota perkhidmatan awam yang disahkan dalam perkhidmatan, jawatan, diberi taraf berpencen dan opsyen KWSP;

ii. Menggariskan tindakan yang perlu dipatuhi bagi memastikan penghantaran dan penerimaan surat mengikut sistem yang teratur;

iii. Memastikan bil-bil yang diterima adalah dalam proses urusniaga yang diluluskan dan pembayaran dibuat dalam tempoh yang dikehendaki; dan

iv. Menyelaras, pembiayaian perbelanjaan kecil yang bernilai RM100.00 ke bawah.

v.  Memastikan urusan pembayaran ke atas pembekalan / perkhidmatan mengikut bajet yang diluluskan dengan mematuhi peraturan perbendaharaan.


Print Email