jata Agency of
Selangor State Government

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Ahli Mesyuarat

AHLI-AHLI MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR

 1. PENGERUSI : 
  YAB TUAN AMIRUDIN BIN SHARI
DATO` MENTERI BESAR SELANGOR
 2. YB DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA
  YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 3. YB DATO' HAJI NIK SUHAIMI BIN NIK SULAIMAN
  PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI SELANGOR
 4. YB DATO' NOR AZMIE BIN DIRON
  PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
 5. TIMBALAN PENGERUSI :
  YB PUAN HANIZA BINTI TALHA
  PORTFOLIO : 
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN DAN KEHIDUPAN BANDAR.
 6. YB DATO' TENG CHANG KHIM
  PORTFOLIO : 
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN & PERDAGANGAN, INDUSTRI KECIL & SEDERHANA (IKS).
 7. YB TUAN HEE LOY SIAN
  PORTFOLIO:
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR, TEKNOLOGI HIJAU DAN HAL EHWAL PENGGUNA.
 8. YB TUAN NG SZE HAN
  PORTFOLIO :
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERAJAAN TEMPATAN, PENGANGKUTAN AWAM DAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU.
 9. YB TUAN IR IZHAM BIN HASHIM
  PORTFOLIO :
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM, PEMODENAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI.
10. YB PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
  PORTFOLIO :
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN USAHAWAN SERTA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, DESA DAN KAMPUNG TRADISI.
11. PENGARAH
  UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI.
12. PENGARAH
  PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR.
13. PENGARAH 
  PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR
DARUL EHSAN.
14. PENGARAH 
  JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR.
15. PENGARAH 
  JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR.
16. PENGARAH 
  JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR.
17. PENGARAH 
  JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR.
18. SETIAUSAHA
  PENGARAH
  JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR.
   
   

 

Print Email

Fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri

Fungsi Jawatankuasa Perancang Negeriadalah sebagaimana berikut :

 

  • Untuk menggalakkan dalam Negeri dalam rangka Dasar Negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri ; untuk mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan dalam Negeri.
  • Untuk menasihati Kerajaan Negeri ; samada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri ; mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri ; dan
  • Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, monograf dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.
  • Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana PBPT yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
  • Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam Subseksyen (4) dan melakukan perkara yang perlu atau sesuai dan bermanafaat  bagi menjalankan fungsinya.
  • Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini.
  • Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi Penasihat Utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan sebagai Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa ; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah Subseksyen ini.



Print Email

Kertas Pembentangan JPN

SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT
JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2007
BIL.
MESYUARAT
TARIKH
MESYUARAT
TAJUK KERTAS MESYUARAT KEPUTUSAN
1/2007 25/1/2007

PEMBENTANGAN KERTAS MENGENAI DASAR

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/2/2005
Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor

- Mengambil maklum tentang Manual Piawaian dan Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor dan dikemaskini selaras dengan keperluan Selangor Maju 2005.
2. KERTAS JPN Sel. Bil. 2/1/2007
Pekeliling Ketua Pengarah Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Bil. 4 Tahun 2006 – Panduan Mekanisme Kawal Selia Bagi Pembangunan Di Bawah Subseksyen 22(2A), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
- Bersetuju untuk menerimapakai Pekeliling.
PEMBENTANG KERTAS MENGENAI RANCANGAN PEMBANGUNAN

3. KERTAS JPN Sel. Bil. 3/1/2007

Permohonan Kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Terhadap Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 Dan Perakuan Terhadap Kelulusan Pewartaan Oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
- Bersetuju meluluskan DRSN Selangor untuk kelulusan MMKN terhadap pewartaannya.

4. KERTAS JPN Sel. Bil. 4/1/2007
Cadangan Pengubahan Rancangan Struktur Sebahagian Majlis Perbandaran Klang 1995-2015.

- Bersetuju untuk mengadakan publisiti dan pandangan awam dan menangkat semula ke mesyuarat JPN akan datang.

5. KERTAS JPN Sel. Bil. 5/1/2007
Cadangan Pengubahan Dan Publisiti Draf Rancangan Tempatan Klang 2002-2015.

 

- Bersetuju meluluskan dan menjalankan publisiti dan pendengaran awam.

6. KERTAS JPN Sel. Bil. 6/1/2007
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah ALam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya Dan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2003-2020 Serta Program Publisiti Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

- Bersetuju menjalankan publisiti dan pendengaran awam.

7. KERTAS JPN Sel. Bil. 7/1/2007
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Sepang Serta Program Publisiti Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

- Bersetuju menjalankan publisiti dan pendengaran awam.

8. KERTAS JPN Sel. Bil. 8/1/2007
Cadangan Pindaan Pelan Pembangunan Cyberjaya, Untuk Tetuan Setia Harum Sdn. Bhd.

- Bersetuju dengan cadangan pindaan.

9. KERTAS JPN Sel. Bil. 9/1/2007
Cadangan Asas Rujukan Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Merab, Sepang.

- Bersetuju meluluskan untuk meneruskan penyediaan.

10. KERTAS JPN Sel. Bil. 10/1/2007
Cadangan Rancangan Kawasan Khas Bandar Wawasan Selangor (Selangor Vision City).

- Bersetuju RKK dijalankan, diangkat ke MPFN dan menerapkan konsep terkini.

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI PENGAWALAN PERANCANGAN

11.KERTAS JPN Sel. Bil. 11/1/2007
Penyelarasan Cadangan Rangkaian Jalan Bersepadu Di Sekdyen U10 Shah Alam Untuk Tetuan Majlis Bandaraya Shah Alam-Pindaan Jajaran Persiaran U10, Shah Alam.

- Bersetuju menerimapakai persimpangan Persiaran U10 cadangan Alternatif 1 berdasarkan ulasan JKR bertarikh 5 Julai 2006 dan membatalkan keputusan JPNS bil. 2/2005.

12. KERTAS JPN Sel. Bil. 12/1/2007
Cadangan Pemajuan Dibawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Bangunan Tambahan Maktab Pegawai Polis DiRaja Malaysia Di Atas Lot 7, Lot 14, Lot 46 Dan Lot 131, Mukim Ampang Pecah Dan Pekan Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

-Jawatankuasa mengambil maklum.

13. KERTAS JPN Sel. Bil. 13/1/2007
Cadangan Pemajuan Dibawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Semenyih Dan Sebuah Balai Polis Di Atas PT Atas 3821, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

- Jawatankuasa mengambil maklum.

PEMBENTANG KERTAS MENGENAI KEPUTUSAN/ ARAHAN/ MAKLUMAN

14. KERTAS JPN Sel. Bil. 14/1/2007
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor.

- Jawatankuasa mengambil maklum.

15. KERTAS JPN Sel. Bil. 15/1/2007
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Sistem Petunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) 2006.

- Jawatankuasa mengambil maklum.

16. KERTAS JPN Sel. Bil. 16/1/2007
Pelaksanaan Program Bandar Selamat Di Selangor.

- Jawatankuasa mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan usaha bagi meningkatkan pelaksanaan Bandar Selamat.

17. KERTAS JPN Sel. Bil. 17/1/2007
Pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), bahagian VI – Lembaga Rayuan Negeri Selangor.

- Jawatankuasa mengambil maklum pelaksanaan Akta 172, program pemantapan Pelaksanaan Lembaga Rayuan dan bersetuju menempatkan Pegawai Undang-undang PBT di Pejabat Penasihat Undang-undang.

SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT
JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2006
BIL.
MESYUARAT
TARIKH
MESYUARAT
TAJUK KERTAS MESYUARAT KEPUTUSAN
2/2006 8/6/2006

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/2/2006
Bantahan terhadap Kedai Kos Rendah Secara Bersepadu Di Dalam Pembangunan Rumah Kedai Oleh Pihak REHDA.

- Menolak bantahan.

2. KERTAS JPN Sel. Bil. 2/2/2006
Penggunapakaian Panduan Kebenaran Merancang Negeri Selangor.

- Bersetuju semua PBT dan pihak perunding perancang Bandar mengunapakai panduan ini.

3. KERTAS JPN Sel. Bil. 3/2/2006
Dasar Perancangan Pembangunan kawasan Lot-Lot.

- Mengambil maklum dan bersetuju meluluskan dan pemperakukan kepada Kerajaan Negeri Dasar ini.

4. KERTAS JPN Sel. Bil. 4/2/2006
Garis Panduan Perancangan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Perbukitan Dan Tanah Tinggi Selangor.

- Menerima dan meluluskan Garis Panduan ini dan beberapa perkara lain.

5. KERTAS JPN Sel. Bil. 5/2/2006
Permohonan Kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Terhadap Rancangan Struktur negeri Selangor 2020 Dan Perakuan Terhadap Permohonan Persetujuan Oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor Serta Pewartaan Mengenai Persetujuan Tersebut.

- Bersetuju untuk menerima dan memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor serta dibawa ke MPFN dan mengekalkan tapak pelupusan sampah (incenerator) di …

6. KERTAS JPN Sel. Bil. 6/2/2006
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Perancang negeri Selangor Terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Selangor 2003-2015 Serta Program Publisiti Dan Bantahan Awam.

- Bersetuju supaya Pengarah JPBD Selangor menjalankan program publisiti.

 

7. KERTAS JPN Sel. Bil. 7/2/2006
Permohonan Kelulusan Jawatankuasa Perancang negeri Selangor Terhadap Draf Rancangan Tempatan Rawang-Kuang 1999-2010 Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Kelulusan Pewartaan Oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

- Meluluskan Draf Rancangan Tempatan Rawang-Kuang 1999-2015 yang telah mengambilkira keputusan Jawatankuasa Bantahan Awam.

 

8. KERTAS JPN Sel. Bil. 8/2/2006
Laporan Tindakan Terhadap Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor 1/2006 Terhadap Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Kepada Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam, majlis Perbandaran Petaling Jaya Dan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2003-2020 Serta Program Publisiti Dan Bantahan Awam Terhadapnya (Kertas JPN. Sel. Bil. 3/1/2006).

- Menangguhkan keputusan supaya pihak MBSA mengkaji semula ‘terminal station’ di Shah Alam.

9. KERTAS JPN Sel. Bil. 9/2/2006
Asas Rujukan Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Langat.

- Bersetuju meluluskan Asas Rujukan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Langat 2007-2020.

10. KERTAS JPN Sel. Bil. 10/2/2006
Asas Rujukan Penyediaan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang Dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

- Meluluskan Asas Rujukan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

11. KERTAS JPN Sel. Bil. 11/2/2006
Pemohonan Kelulusan ‘Macthing Fund’ Bagi Cadangan Program Pembangunan Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (Projek-Projek Rancangan Pembangunan).

- Bersetuju meluluskan permohonan peruntukan ‘Maching Fund’ dan bersetuju agar pejabat Penyelarasan projek Bahagian Rancangan Pembangunan, JPBD Ibu Pejabat menyemak semula agihan.

12. KERTAS JPN Sel. Bil. 12/2/2006
Cadangan Aktiviti Pemajuan Dalam RMK-9 Oleh Agensi Kerajaan Di Bawah Seksyen 20A Akta 172 Oleh:-

1. Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

2. Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

- Bersetuju dengan cadangan pemajuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

13. KERTAS JPN Sel. Bil. 13/2/2006
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor Bil. 1/2006.

- Mengambil maklum dan bersetuju dengan perkara-perkara yang dinyatakan.

14. KERTAS JPN Sel. Bil. 14/2/2006
Kajian Pelaksanaan Sistem Petunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) Tahun 2004 Dan Tahun 2005 Bagi Majlis Bandaraya Shah Alam.

- Mengambil maklim dengan hasil kajian pelaksanaan Petunjuk Bandar Mampan Malaysia (MURNInet) dan bersetuju dengan cadangan-cadangan tindakan penambahbaikan kemampanan.

1/2006

9/2/2006

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/1/2006
Garis Panduan Rekabentuk Fizikal Senibina Cyberjaya.

- Bersetuju untuk diterimapakai oleh Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan-Jabatan Teknikal yang terlibat.

2. KERTAS JPN Sel. Bil. 2/1/2006
Memohon Kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Terhadap Draf Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015 dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Rancangan Tempatan Klang 2002 – 2015 Untuk Kelulusan Pewartaan.

- Meluluskan dan memperakukan selepas pewartaan Rancangan Struktur Negeri Selangor.

3. KERTAS JPN Sel. Bil. 3/1/2006
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Petaling dan Sebahagian Daerah Klang 2003 – 2020 Serta Program Publisiti Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

- Menangguhkan Program Publisiti dan Bantahan Awam agar disemak dan dipinda serta dikemukakan semula ke Jawatankuasa..

4. KERTAS JPN Sel. Bil. 4/1/2006
Cadangan Pengubahan Dan Publisiti Kali Kedua Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (RTPJ 1) Yang Telah Diwartakan.

- Bersetuju untuk menerima dan meluluskan cadangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya untuk mengubah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (RTPJ 1) yang telah diwartakan.

5. KERTAS JPN Sel. Bil. 5/1/2006
Permohonan Kebenaran Merancang Dibawah Seksyen 21 Akta 172 Bagi Tujuan Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan Tanah Bagi Pembangunan Bercampr Di Atas Hakmilik CT 12606, Lot 851 Seluas 405.1 Hektar (1001 Ekar) Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor.

- Bersetuju pada dasarnya dengan cadangan yang dikemukakan dan  diangkat ke MPFN dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

6. KERTAS JPN Sel. Bil. 6/1/2006
Permohonan Kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Terhadap Cadangan Untuk Meminda Dan Menyediakan Kaedah-Kaedah Di Bawah Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172).

- Mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan untuk meminda dan menyediakan Kaedah-Kaedah di bawah peruntukkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

 

7. KERTAS JPN Sel. Bil. 7/1/2006
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor Bil. 1/2006.

- Mengambil maklum dan bersetuju dengan perkara-perkara yang dinyatakan.

SENARAI KERTAS KERJA YANG DIBENTANGKAN DI MESYUARAT
JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2005
BIL.
MESYUARAT
TARIKH
MESYUARAT
TAJUK KERTAS MESYUARAT KEPUTUSAN
2/2005 29/9/2005

PEMBENTANGAN KERTAS MENGENAI DASAR

1. KERTAS JPN Sel. Bil.1/2/2005
Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor

- Mengambil maklum tentang Manual Piawaian dan Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor dan dikemaskini selaras dengan keperluan Selangor Maju 2005.

2. KERTAS JPN Sel. Bil. 2/2/2005
Garis Panduan Kawalan Bunyi Bising Dan Gegaran

i) The Planning Guidelines for Environmental Noise Limits and Control;

ii) The Guidelines for Noise Labeling and Emission Limits of Outdoor Sources; and

iii) The Planning Guidelines for Vibration Limits and Control

- Bersetuju semua agensi dan PBT menggunapakai tiga Garis Panduan ini.

PEMBENTANGAN KERTAS MENGENAI RANCANGAN PEMAJUAN

3. KERTAS JPN Sel. Bil. 3/2/2005
Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Sepang

- Penyediaan Rancangan Tempatan Sepang akan dibuat oleh Majlis Perbandaran Sepang dengan bantuan dari JPBD Selangor dan JPBD Semenanjung Malaysia.

4. KERTAS JPN Sel. Bil. 4/2/2005
Kertas Cadangan Pindaan Draf Rancangan Tempatan Kajang (1998-2010)

- Menerima dan meluluskan DRT Kajang yang telah dipinda.

5. KERTAS JPN Sel. Bil. 5/2/2005
Kertas Cadangan Kelulusan Semula Draf Rancangan Tempatan Cheras (1997-2010).

- Menerima dan meluluskan Draf Rancangan Tempatan Sheras (1997-2010) yang telah dipinda.

6. KERTAS JPN Sel. Bil. 6/2/2005
Memohon Kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Terhadap Rancangan Tempatan Serendah-Hulu Yam 2000-2015 Dan Perakuan Jawatankuasa Terhadap Kelulusan Pewartaan Oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

- Bersetuju dan meluluskan Draf Rancangan Tempatan Serendah Hulu Yam 2000-2015.

PEMBENTANGAN KERTAS PENGAWALAN PERANCANGAN

7. KERTAS JPN Sel. Bil. 7/2/2005
Kajian Semula Pelan Induk (Jaringan Jalan) Bandar Baru Puncak Alam, Daerah Kuala Selangor, Selangor.

- Bersetuju dengan cadangan laluan Timur -Barat dan syarat yang dikenakan.

8. KERTAS JPN Sel. Bil. 8/2/2005
Cadangan Pindaan Pelan Konsep Guna Tanah Yang Telah Diluluskan Untuk Pembangunan Di Atas Lot-Lot 1,5,6,8,13, 14, 15, 18, 20, 22, 24, 25, 27, 30, 35, 36, 37, 60, 62, Dan 69, Mukim Sungai Tinggi, Daerah Hulu Selangor Dan Di Atas Lot-lot 25, 161, 316, 555, 575, 4555, 1713 Dan 1714, Mukim Batang Berjuntai, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

- Bersetuju meluluskan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan mematuhi ulasan terperinci.

9. KERTAS JPN Sel. Bil. 9/2/2005
Cadangan Pembesaran Dan Perancangan Semula Kawasan Perindustrian Megasteel, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

- Bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

10. KERTAS JPN Sel. Bil. 10/2/2005
Cadangan Pelan Susunatur Perumahan Dan Perniagaan Bagi Tujuan Tukar Syarat Dan Pecah Sempadan Tanah Di Bawah Seksyen 124A (Kanun Tanah Negara) Di Atas Lot 684 Dan Lot 685 Mukim Rasa Dan Lot 1095, 1097, 1098, 1195, 1196, 1198, 1462, 1769, 1770, 1792, 1793, 1799 Dan 1463 Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

- Ditolak kerana bercanggah dengan kegunaan tanah dalam Rancangan Struktur Hulu Selangor yang telah diwartakan dan Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 dan cadangan terletak dalam kawasan KSAS.

11. KERTAS JPN Sel. Bil. 11/2/2005
Kajian Penyelarasan Pelan Induk Pembangunan Seksyen U 10 Shah Alam, Selangor

- Bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.

PEMBENTANGAN KERTAS MENGENAI KEPUTUSAN /ARAHAN/ MAKLUMAN

12. KERTAS JPN Sel. Bil. 12/2/2005
Laporan Kemajuan Bil. 2/2005 Pelaksanaan Agenda 21 Selangor.

- Mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan pelaksanaan tambahan program.

13. KERTAS JPN Sel. Bil. 13/2/2005
Pelaksanaan Program Bandar Selamat Di Selangor.

- Bersetuju dengan cadangan program Bandar Selamat.

14. KERTAS JPN Sel. Bil. 14/2/2005
Pemakluman Keputusan Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara Ke 4/2005.

- Mengambil maklum dan menerimapakai Strategi Pembangunan Fizikal Negara dan perkara-perkara lain.

15. KERTAS JPN Sel. Bil. 15/2/2005
Laporan Kemajuan Pelaksanaan Sistem Petunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) Di Shah Alam.

- Mengambil maklum dan bersetuju agar di laksanakan oleh semua PBT.

16. KERTAS JPN Sel. Bil. 16/2/2005
Rayuan Permohonan Ke Atas Syarat-Syarat Yang Dikenakan Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Tujuan Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Dibawah Seksyen 204D Di Atas Lot PT 834 Mukim Ijok Dan PT 1092 Mukim Jeram Bandar Puncak Alam Daerah Kuala Selangor.

- Bersetuju untuk mengekalkan keputusan MPFN Bil.3/2004 dan tidak dibenarkan untuk membuat pindaan.

17. KERTAS JPN Sel. Bil. 17/2/2005
Penyediaan Rancangan Kawasan Khas Oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

- Bersetuju supaya PBPT yang terlibat mengambil langkah untuk menyediakan RKK mengikut  seksyen 16B Akta 172.

1/2005

14/3/2005

1. PEMBENTANGAN KERTAS MENGENAI DASAR

1.2 KERTAS JPN Sel. Bil.1/1/2005
Cadangan Pelaksanaan Sistem Petunjuk Bandar Mampan (MURNInet) Di Negeri Selangor.

- Bersetuju cadangan pelaksanaan oleh semua Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor.

1.3 KERTAS JPN Sel. Bil.2/1/2005
Kajian Integrasi Pengangkutan Awam Dan Gunatanah Lembah Klang.

- Bersetuju  menerimapakai oleh semua PBT Lembah Klang dan Jabatan-Jabatan yang terlibat.

1.4 KERTAS JPN Sel. Bil.3/1/2005
Laporan Kemajuan Bil.1/2005 Pelaksanaan Agenda 21 Selangor.

- Bersetuju dengan program/aktiviti yang dicadangkan.

2. PEMBENTANGAN KERTAS MENGENAI RANCANGAN PEMAJUAN

2.1 KERTAS JPN Sel. Bil.4/1/2005
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam 2002-2015 Serta Program Seranta Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

- Bersetuju untuk menerima dan membenarkannya untuk diseranta oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

2.2 KERTAS JPN Sel. Bil.5/1/2005
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Klang 2002-2015 Serta Program Seranta Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

- Bersetuju untuk menerima dan membenarkannya untuk diseranta oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

2.3 KERTAS JPN Sel. Bil.6/1/2005
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Morib-Tanjung Sepat 2002-2020 Serta Program Seranta Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

- Bersetuju untuk menerima dan membenarkannya untuk diseranta oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

2.4 KERTAS JPN Sel. Bil.7/1/2005
Permohonan Persetujuan Jawatankuasa Terhadap Draf Rancangan Tempatan Sungai Pelek 2002-2020  Serta Program Seranta Dan Bantahan Awam Terhadapnya.

- Bersetuju untuk menerima dan membenarkannya untuk diseranta oleh Majlis Daerah Sepang (MDSepang)

2.5 KERTAS JPN Sel. Bil.8/1/2005
Cadangan Penggubahan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 (RTPJ 1) Yang Telah Diwartakan pada 13hb Mac 2003.

- Bersetuju untuk menerima dan meluluskan mengikut cadangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).

2.6 KERTAS JPN Sel. Bil.9/1/2005
Kertas Cadangan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan Bercampur Di Atas PT 12176, seluas 21.173 Ekar, Cyberjaya, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Cyberview.

- Lulus tanpa mengabaikan lain-lain garis panduan dan piawaian serta mengekalkan syarat-syarat kelulusan Exco MTES Bil. 1/2005.

Print Email