TAHNIAH PENGARAH PLANMalaysia@Selangor - PENERIMA DARJAH KEBESARAN DATUK PADUKA MAHKOTA SELANGOR (D.P.M.S)

Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Yang Ke-73 yang berlangsung di Istana Alam Shah Bandar Diraja Klang, telah memperkenankan Dato’ TPr. Hj Muhammad Ridzuan Bin Arshad selaku Pengarah PLANMalaysia@Selangor (JPBD Negeri Selangor) sebagai salah seorang penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Dato’. Manakala Tn. Hj. Che Rasid Bin Che Seman, mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Rancangan Pembangunan PLANMalaysia@Selangor telah menerima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) di majlis tersebut.

Turut hadir mantan Ketua Pengarah PLANMalaysia Datin Paduka TPr. Dr. Dahlia Rosly dan juga mantan Timbalan Ketua Pengarah PLANMalaysia/Pengarah PLANMalaysia@Selangor Dato’ TPr. Hj. Mohd Zaki Ibrahim. Kami warga kerja PLANMalaysia@Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ TPr. Hj. Muhamad Arshad dan juga Tn Hj. Che Rasid atas penganugerahan darjah kebesaran tersebut.

Merafakkan sembah penuh taat, penuh setia, bertekad memelihara kemuliaan pemerintahan Beraja, memperkukuhkan tradisi negeri bersultan rakyat beraja; tradisi diwarisi turun temurun, agar terus subur dan segar kekal sepanjang zaman, merentas peredaran waktu merentas peralihan masa.

Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

  

 

Sembah Takzim….

Print