jata Agency of
Selangor State Government

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Perutusan Pengarah Tahun 2016

 Pengarah-JPBD-Selangor

TUAN HJ. MUHAMAD RIDZUAN BIN ARSHAD

PENGARAH
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian kepada Allah S.W.T Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan Izin-Nya kita masih dapat meneruskan kehidupan ini seterusnya berpeluang untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam mengharungi tahun baru 2018. Sebagai peneraju dalam aspek perancangan bandar dan desa yang bertanggungjawab merancang persekitaran kehidupan yang berkualiti, sejahtera dan mampan, PlanMalaysia@Selangor terus komited serta beriltizam untuk memacu perancangan dan pembangunan fizikal di Negeri Selangor melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan secara komprehensif, sistematik dan inovatif.

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh pihak jabatan untuk meningkat dan memperkasakan fungsi dan peranan jabatan sebagai peneraju utama dalam memberikan khidmat nasihat teknikal dan profesional berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah seluruh negeri Kelantan. Begitu juga beberapa kertas dasar telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). Dalam memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, Jabatan sentiasa memastikan Piagam Pelanggan diutamakan.

Akhir kata, saya mengucapkan ucapan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga Jabatan yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan sehingga ke peringkat ini. Saya juga menyeru kepada semua warga PlanMalaysia@Selangor agar berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mempertingkatkan produktiviti Jabatan bagi mencapai kesemua program Jabatan serta diharapkan usaha-usaha murni ini dapat diteruskan untuk kejayaan di masa akan datang.

Ke Arah Persekitaran Mampan

TUAN HJ. MUHAMAD RIDZUAN BIN ARSHAD
Pengarah,
PLANMALAYSIA@SELANGOR
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor)

Print Email

  • Home
  • About Us
  • Director's Notes