jata Agency of
Selangor State Government

email facebook twitter youtube rss

Jenis Font: Arial | PT Sans | Century
A A A A
A- A A+

Activity

Pencapaian Piagam Pelanggan

 PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN SEHINGGA JUN 2018

    PIAGAM PELANGGAN  PERATUSAN
  PIAGAM PELANGGAN 1
Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri tiga (3) kali setahun (telah dibentangkan dalam Mesyuarat bil 1/2018 pada 13 Februari 2018) 
 33.33 %
  PIAGAM PELANGGAN 2
Memberi ulasan perancangan tidak melebihi empat belas (14) hari
 50 %
  PIAGAM PELANGGAN 3
Memastikan Rancangan Struktur Negeri (RSN) dikaji semula dalam tempoh lima (5) tahun selepas pewartaan. (telah diwarta pada 2 Februari 2017)
 50 %
  PIAGAM PELANGGAN 4
Menyelaras penyediaan RT dan RKK serta memantau perlaksanaannya berdasarkan Program Rancangan Malaysia lima (5) Tahun
 50 %
  PIAGAM PELANGGAN 5
Mengadakan mesyuarat dengan ketua Unit Pusat Setempat dua (2) kali setahun (Mesyuarat Bil 1/2018 telah dibentangkan pada 26 April 2018)
 50 %
  PIAGAM PELANGGAN 6
Menyampaikan keputusan bertulis Lembaga Rayuan kepada perayu dan responden dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh keputusan diterima daripada pengerusi lembaga rayuan (kelewatan proses perlantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi oleh pihak KPKT-sidang pertama telah diadakan pada 31 Julai 2018)
 0 %
  PIAGAM PELANGGAN 7
Membekal maklumat perancangan (kategori tidak berperingkat) dalam tempoh lima (5) hari
 50 %
  PIAGAM PELANGGAN 8
Memberi layanan kaunter dengan berbudi bahasa dalam tempoh lima (5) minit (akan dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan Bil 2/2018 pada 29 Ogos 2018)
 0 %

Nota: Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan adalah tertakluk kepada 2 kali setahun sahaja.

Print Email

SMART SELANGOR MAMPAN 2035

SMART SELANGOR MAMPAN 2035

1.0    Smart Selangor Mampan 2035 merupakan penjenamaan semula Agenda 21 Tempatan di Negeri Selangor.   
2.0   Smart Selangor Mampan 2035 adalah penting bagi memastikan inisiatif yang dirancang dan dilaksana mencapai matlamat dan sasaran pembangunan mampan yang lebih cemerlang serta menyokong sasaran Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan Dasar SMART Negeri Selangor.   
3.0    Smart Selangor Mampan 2035 dihasilkan berdasarkan kepada penemuan Kajian Penilaian Keberhasilan Pelaksanaan Agenda 21 Tempatan Di Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia@Selangor pada tahun 2017.   
4.0    Penjenamaan semula Agenda 21 Tempatan di Negeri Selangor kepada Smart Selangor Mampan 2035 telah dimaklumkan dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 5/2017 pada 4 Disember 2017.   
5.0    Penjenamaan semula Agenda 21 Tempatan kepada SMART SELANGOR MAMPAN 2035 juga telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Bil.1/2018 pada 23 Febuari 2018.   
6.0   Pelaksanaan SMART SELANGOR MAMPAN 2035 telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bil.2/2018 pada 30 Julai 2018.   
7.0   Pelaksanaan Pembangunan Mampan di Negeri Selangor   
    i. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor mempunyai struktur organisasi pembangunan mampan atau Agenda 21 Tempatan bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan inisiatif mampan yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis.  
    ii. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor melaksanakan inisiatif Agenda 21 Tempatan berdasarkan kepada keperluan program dan inisiatif yang dilaksanakan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) United Nations di peringkat PBT masing-masing.  
8.0   Mekanisme Pelaksanaan Smart Selangor Mampan 2035  
    i. Penyelarasan bersama di antara Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia@Selangor) bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan.  
    ii. Memantau dan menganalisis keberhasilan program mampan oleh PBT supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat memastikan pelaksanaannya seiring dengan hasrat 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) United Nations serta SMART Selangor tercapai.  
         


Print Email

Bilangan Transaksi Aplikasi Dalam Talian

Bilangan Transaksi Aplikasi Dalam Talian

Aplikasi Dalam Talian / Bulan  Bilangan Transaksi      
 Januari  Febuari  Mac    April    Mei    Jun    Julai    Ogos   September Oktober November Disember
Semakan Permohonan Perancangan  102 98 86 108 94 107  89
Sistem Maklumat Perancangan Negeri Selangor (SISMAPS)  1153  1786 1563 1982 2002 2156 2332

Nota: Bilangan transaksi aplikasi online Jabatan dikemaskini pada setiap bulan.

Print Email

CONTACT US

Thank you for using the Website JPBD State. We are always looking for ideas to provide the best services to you from time to time. If you have any comments or suggestions to improve the quality of this site, click here to be directed to the site feedback page. This Web site is managed by the ICT Unit is located in:

Tingkat 16 Bangunan Darul Ehsan, No.3 Jalan Indah, Seksyen 14,
40646 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Print Email